Gerai Kebab Halal Doner Kebab Di Ueno Street, Tokyo

Doner Kebab di Ueno Street di bandaraya Tokyo adalah salah satu lokasi gerai makanan halal kalau anda berkunjung ke negara Jepun. Sekitar Ueno street, nama gerai Doner Kebab agak famous kerana ramai orang Muslim kat kawasan ini lebih suka makan Kebab di Doner Kebab. Kawasan ini kalau ikutkan diberi nama Ameyayokocho, tetapi aku senang ingat, aku panggil Ueno Street sahaja kerana ia dekat dengan Ueno Station, Tokyo.
Ada seorang kakak yang kebetulan kami jumpa di kawasan itu kata selama lebih kurang setahun lebih dia di Ueno, dia cuma yakin untuk beli Kebab di Doner sahaja berbanding gerai Kebab lain sekitar itu. Alasannya dia kata dia yakin daging dan bahan yang Doner Kebab guna adalah Halal. Camana dia begitu pasti, MrJocko pun tak de la nak tanya panjang lebar.
Area Ueno Street ini memang banyak gerai Kebab dan beberapa gerai makanan negara Timur Tengah, tetapi yang paling terkenal semestinya kebab. Kalau anda ke Ueno Street, jangan risau, ada banyak pilihan makan halal di sini. 

Menu makanan Kebab di Doner Kebab Ueno Street ini, setiap kebab ayam atau daging dijual dengan harga 500 Yen. Kalau nak jimat, beli pakej cuma 600 Yen dan anda boleh pilih minuman berkarbonat pilihan anda. Kalau di convert kepada nilai RM masa tu sekitar RM18.00 bagi setiap kebab dan air. Maknanya, tak ada la mahal sangat kan?
Memandangkan kebab ni tak banyak beza, jadi MrJocko boleh kata, rasa kebab di Doner Kebab Ueno Street ni masih lagi sedap dan seperti yang kita biasa makan di Kuala Lumpur. Ini kerana pengusaha Doner Kebab ini ialah perniagaan adik-beradik dari negara Turki dan mereka telah menjalankan perniagaan kebab ini lebih dari 5 tahun di Ueno Street dan mempunyai 3 gerai di kawasan Ueno Street.

Kalau ke Ueno Street, Tokyo, jangan lupa cari kebab di Doner Kebab. At least anda akan rasa anda sudah biasa dengan makanan negara Timur Tengah yang sememangnya ada di Malaysia dan boleh alas perut selama beberapa jam sebelum mendapatkan makanan utama anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s