Harga Musang King Dan Durian Kunyit

Beberapa bulan sejak kebelakangan ini MrJocko lihat ramai rakan-rakan di Facebook mencari lokasi durian yang sedap, terbaik dan agak mahal seperti durian D24, Durian Kunyit, Durian Udang Merah dan juga Durian Musang King. Bila lihat diorang makan durian Musang King, aduhai,,, terasa ngidam sangat-sangat nak makan durian.

Kalau durian Musang King seperti ini, ia memang menjadi tarikan peminat durian di Malaysia. Kata orang rasa durian Musang King ni adalah antara rasa durian yang sangat sedap dan terbaik. Tak hairan la kalau harga sekilo durian Musang King ini boleh cecah sehingga RM20 bagi setiap kilo. Tapi untuk masa sekarang, MrJocko dengar harga Musang King dijual dengan harga sekitar RM17 bagi setiap kilo.

 

 

Untuk jenis durian Kunyit pula, jenis ni tarafnya bawah sedikit dari Musang King. Isi durian kunyit ada nampak lebih kemerahan dan punyai biji yang kemek. Rasa memang sedap dan sesetengah orang kata rasanya unik, berbeza dari jenis yang lain. Harga durian Kunyit pula dijual sekitar RM15 sekilo dan kalau anggaran sebiji durian Kunyit ini mungkin berharga sekitar RM18 – RM20 untuk setiap biji.

 

 

Ini antara durian yang MrJocko pernah rasa. Banyak lagi jenis durian lain, kebanyakkannya ialah durian kampung. Punyai biji yang kecil dan comel, tetapi manis. Yang jenis mahal seperti Kunyit dan Musang King ni ada rasa lemak sikit.

Yang belum pernah MrJocko cuba ialah durian Udang Merah dan beberapa jenis lain yang terkenal. Yang jenis Udang Merah ni banyak MrJocko jumpa masa kat Balik Pulau, Penang. Harga sekilo memang boleh tahan.

Anda minat durian? Sudah pasti dah cuba banyak jenis durian di Malaysia. Nanti boleh la share durian pilihan anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s