Malaychan Restaurant Di Tokyo, Citarasa Malaysia

Sehingga ke hari ini, MrJocko masih teringat pengalaman singgah di Malaychan Restaurant, sebuah restoran unik makanan Melayu dan Halal yang terletak di tengah bandaraya Tokyo, Jepun. Lokasi mudah restoran Malaychan Tokyo ini, ialah cuma 5 minit jalan kaki dari Stesen Ikebukuro. Antara bandar yang dekat dengan Malaychan Tokyo ini ialah bandar Shizuoka, Nikko dan Hamamatsu.
MrJocko dan rakan-rakan berpeluang merasai pengalaman di sini setelah di bawa oleh Travel Company yang menguruskan perjalanan kami ke Tokyo. Ternyata, restoran Malaychan Tokyo ini merupakan restoran wajib singgah kalau ke Tokyo. Ia sangat unik dan memang menarik.
 
 
Hari tersebut, kami dihidangkan dengan masakan seperti Ayam Goreng Rempah, Sotong Masak Merah, Tomyam, Kari Daging, Kangkung Masak Belacan, Dalca, Papodom, Satay dan beberapa kuih Melayu. Sangat teruja kerana bila berada di dalam restoran Malaychan Tokyo ini, kami terasa seperti di dalam Malaysia.
 
 
Rasa menu yang di masak pun boleh tahan. Banyak lauk pauk di Malaychan yang masih mempunyai rasa kemelayuan kerana salah seorang pekerja di Malaychan pada waktu itu ialah seorang pelajar Malaysia yang berkerja secara sambilan. Dia menjadi translator kami sepanjang kami berada di Malaychan Tokyo.
Semestinya Restoran Malaychan Tokyo antara lokasi menu halal antarabangsa yang terbaik. Walaupun restoran ini kelihatan agak sempit, tetapi begitu la cara kehidupan masyarakat di Jepun. Kalau ke Tokyo, singgah la di Malaychan Restaurant untuk menikmati menu Malaysia.
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s