The Royale Bintang Resort And Spa Seremban Singgahsana Suite

Rangkaian hotel yang mempunyai nama The Royale Bintang memang sudah terkenal di Malaysia. Antara lokasi yang pernah MrJocko singgah ialah The Royale Bintang Resort and Spa Seremban. Hotel ini di kategorikan dalam 4 Bintang dan ia berada di lokasi yang strategik di bandaraya Seremban.
The Royale Bintang Resort and Spa Seremban mempunyai 345 bilik dan juga suite. Ia hanya berada cuma 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan mempunyai banyak lokasi tarikan pelancong di sekitarnya. Di sekitar  Seremban dan Port Dickson sendiri ada banyak lokasi menarik.

MrJocko dibawa melawat bilik-bilik di The Royale Bintang Resort and Spa Seremban dan yang menarik perhatian ialah bilik Singgahsana Suite. Ia merupakan suite yang termahal di sini dan ia merupakan bilik yang pernah diduduki oleh VVIP seperti Sultan dan beberapa orang menteri. 
Pakej Singgahsana Suite ini termasuk dengan sarapan pagi, lunch dan juga makan malam di dalam bilik. Bilik Singgahsana ini dilengkapi dengan seorang Butler yang akan menguruskan bilik tersebut dari mula sehingga check-out. Kalau kita berpeluang menginap di bilik Singgahsana Suite ini, sudah pasti kita akan merasai pengalaman seorang VVIP.
Pakej harga bilik biasa di The Royale Bintang Resort and Spa Seremban juga agak berpatutan dengan keadaan bilik, layanan dan kemudahan yang disediakan memang berbaloi-baloi.

Bilik Singgahsana Suite ini mempunyai satu ruang tamu, dapur, bilik tidur utama dan bilik air utama, bilik tidur kedua dan bilik air kedua. Semuanya dalam keadaan terbaik, cantik dan ia memang mengujakan sesiapa sahaja yang berada di dalam bilik Singgahsana Suite.
Teringin sangat pada satu hari nanti nak menginap di bilik suite seperti ini. Bayangkan bilik yang sebesar itu, ada makanan dihantar setiap masa makan dan seorang butler yang boleh menguruskan semua permintaan anda… Terbaik la,,, 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s