The Pet Safari Ikano Power Centre Damansara

Kalau anda seorang yang minat dengan haiwan peliharaan, anda mesti teringin ke The Pet Safari Kuala Lumpur. Lokasi The Pet Safari berada di Tingkat 2 bangunan IPC (Ikano Power Centre) Mutiara Damansara. Ruang di The Pet Safari ini memang luas dan dipenuhi dengan pelbagai pilihan aksesori dan barangan berkaitan haiwan peliharaan.

Di The Pet Safari ada bahagian untuk jualan haiwan peliharaan, akuarium air tawar dan air masin, ruang jualan barangan makanan haiwan, aksesori haiwan, bilik grooming dan banyak lagi.

Di The Pet Safari ada menjual haiwan seperti anjing, kucing, hamster, ular, kala jengking, kura-kura dan pelbagai jenis haiwan peliharaan lain. Pendek kata, kat sini ada cukup lengkap untuk anda lengkapkan hobi memelihara haiwan peliharaan.

 

The Pet Safari KL

The Pet Safari KL

The Pet Safari KL

 

Ada banyak barang kat The Pet Safari murah dari harga runcit biasa. Antara yang menarik, pasir untuk kucing, harga cuma RM16.90++ bagi setiap 1.5kg. Murah tu kerana biasa saiz 1.5kg dijual dengan harga lebih RM20 setiap paket 1.5kg.

Jadi, kalau anda singgah ke Mutiara Damansara, singgah la ke The Pet Safari Kuala Lumpur. Anda mungkin boleh gembirakan hati anak-anak anda dengan adanya pelbagai jenis haiwan peliharaan di sana. Masuk Percuma, jangan risau…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s