Jejak Walisongo Surabaya Ke Jogjakarta : Rumusan

Walisongo Pulau Jawa

Rumusan Jejak Walisongo Surabaya ke Jogjakarta

Pertama kali saya sampai di Surabaya, memang nampak bangunan-bangunan bandar yang lebih kurang sama seperti Jakarta dan Bandung, tetapi rupanya di sekitar Surabaya dan khususnya Pulau Jawa, punyai Sejarah Tamadun Islam yang dikenali sebagai Walisongo yang begitu terkenal di Pulau Jawa.

Mereka ialah :

1. Sunan Gresek

2. Sunan Ampel

3. Sunan Bonang

4. Sunan Drajat

5. Sunan Kudus

6. Sunan Giri

7. Sunan Kalijaga

8. Sunan Muria

9. Sunan Gunung Jati

Pandangan Saya

Trip Jejak Walisongo Surabaya Jogja ini memberikan saya banyak ilmu tentang permulaan sejarah dakwah Islamiah dan tamadun Islam yang bermula di Pulau Jawa yang kemudiannya ada tempiasnya singgah sampai ke Malaysia.

Bermula dengan Maulana Malik Ibrahim atau dikenali sebagai Sunan Gresek, yang merupakan waris keturunan Nabi Muhammad SAW yang ke-22, beliau adalah orang pertama yang membawa Islam di Pulau Jawa. Seterusnya di bawa dan dikembangkan lagi oleh Sunan-sunan lain sehingga yang ke Sembilan iaiti Sunan Gunung Jati. Pun begitu, selepas Sunan yang Kesembilan, ada ramai lagi Sunan lain yang meneruskan perjuangan dakwah Islamiah di Pulau Jawa sehingga membawa ke Sumatera dan kawasan sekitarnya.

Tourist Guide

Saya berpuas hati dengan servis En Toto sebagai Pemandu Pelancong dan dibantu oleh seorang Pemandu, seorang pembantu yang menjaga MakCik yang uzur serta Tukang Angkat Beg. Sebelum ini tidak pernah saya melihat pengiring seramai 4 orang seperti ini.

Tempat Lokasi Lawatan

Bermula dari Surabaya, Gresek dan kami bergerak ke Tuban, bermalam. Esoknya, kami Kudus dan Semarang. Dari Semarang kami teruskan perjalanan ke menuju ke Pekalongan dan Cirebon dan bermalam di sana. Dari Cirebon, kami patah balik ke Pekalongan dan memasuki bandar Batang dan pintas ke Magelang. Dari Magelang baru kami ke Yogyakarta.

Secara umum, perjalanan memang menarik kerana pemandangan sekitar persisir pantai dari Gresek ke Kudus memang cantik. Manakala pemandangan padi bukit melalui Batang ke Magelang memang menakjubkan.

Hotel

Kami menginap di hotel yang mungkin bertaraf 2 bintang di Tuban dan Cirebon tetapi Hotel yang bagus bertaraf 3 bintang di Pekalongan dan juga di Yogyakarta.

Makan

Selama 6 hari kami makan masakan Padang, Minang dan juga masakan Jawa dan bagi saya tiada masalah.

Bas

Mulanya, bas nampak agak kecil untuk 21 orang tetamu dan 4 pembantu. Tetapi bila melihat lokasi tempat tujuan kami, saya faham, kenapa perlukan saiz bas yang agak kecil kerana perlu masuk ke ceruk kampung serta bukit bukau.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, MrJocko amat berpuashati dengan trip Kembara Ilmu Jejak Walisongo di Surabay dan Yogyakarta ini. Trip ini sangat berguna bagi kita, Umat Islam di Malaysia yang ingin mengetahui sedikit sejarah bermulanya Sejarah Dakwah Islamiah dan Tamadun Islam di Pulau Jawa yang membawa kepada banyak Sekolah Pondok yang hebat sekitar Asia Tenggara.

Wallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s