Misteri Kehilangan Barang Di Poslaju Terjawab

Ingat tak tentang entry MrJocko tentang kehilangan barang sewaktu menggunakan khidmat Poslaju minggu lepas? Barang Wife MrJocko yang dibeli Online, sampai ke alamat, tetapi ada satu barang hilang dalam parcel asal yang dikirim oleh penjual.

Yang hilang ialah satu unit Tungku Bersalin untuk kegunaan wife selepas bersalin nanti. Tak mahal pun, tetapi tak tahu kenapa boleh hilang dalam parcel asal dan parcel tersebut koyak dibahagian bawah. Pelik. Kami cuma mampu syak ini kerja orang dalam Poslaju.

Selepas call bahagian Customer Service dan beritahu tentang hal ini, tiba-tiba hari Isnin wife dapat parcel datang dari Customer Service Poslaju Jalan Tun Sambanthan. Pelik rasanya.

 

Servis Poslaju

Servis Poslaju

 

Adakah betul barang tersebut di ambil oleh staff Poslaju? Lojik tak tungku yang seberat lebih kurang 1.5kg terkeluar sendiri dari parcel asal? Kawasan yang koyak tu pun nampak seperti digunting seperti entry sebelum ni.

Barang yang hilang dah dapat. Jadi malas dah nak ke Poslaju Jalan Tun Sambanthan lagi. Bukan masalah barang yang menjadi isu besar, tetapi kredibiliti dan kepercayaan pengguna untuk menggunakan khidmat Poslaju jika perkara ini berlaku. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi masa dan tenaga yang sudah dibazirkan untuk perkara yang seperti ini amat menyusahkan.

Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada khidmat Poslaju. Takkan nak tunggu pengguna report terus kepada pihak berwajib atau Bos Besar Poslaju…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s