Malaysia Property Expo MAPEX 2014 Di Midvalley

Malaysia Property Expo 2014 (MAPEX 2014) bertempat di Midvalley Megamall yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 hingga 6 April 2014 memang menawarkan banyak hartanah baru sekitar Kuala Lumpur, Nilai, Melaka, Pahang, Johor malah ada lokasi sehingga Kelantan.
Secara peribadi, pameran MAPEX 2014 di Midvalley Megamall ini gagal memberikan peluang kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Kenapa?
Kalau dilihat dari Slogan yang diberikan ‘Spend Wisely, Inveat Smartly’ rasanya ia jauh dari apa yang ditawarkan. Rata-rata hartanah baru yang dijual di MAPEX 2014 adalah hartanah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan sekitarnya ialah melebihi nilai RM500,000. Ya, betul ada harga sekitar RM300,000 tetapi lokasi di Termerloh, Melaka dan lokasi bukan lokasi tumpuan.
Banyak unit yang dijual bernilai RM400,000 ke atas adalah apartment dan kondominium. Rumah Teres dan Semi-D berharga melebihi RM800,000 hingga jutaan Ringgit. Terus terang saya katakan, berapa kerat sangat golongan Bumi yang mampu membeli hartanah bernilai seperti itu???
Malaysia Property Expo 2014 MAPEX
Malaysia Property Expo 2014 MAPEX

Rasanya pihak yang berkaitan, perlu mencari cara terbaik untuk mengekang dari kenaikkan harga rumah yang melampau. Harga memang ‘overprice’ dan selama beberapa tahun saya tidak melihat pihak berwajib melakukan sesuatu yang boleh mengekang kenaikan harga rumah yang menggila ini selain harga minima RM1juta untuk pembeli bukan warganegara dan Real Gain Property Tax (RPGT).
Kalau harga rumah berterusan seperti ini, rasanya orang bumiputera akan berterusan tinggal di Flat, Setinggan atau Apartment sahaja berbanding bangsa lain. Anda yang bijak pandai mungkin boleh mencari idea baru untuk mengagihkan hartanah ini dengan nilai mampu milik untuk semua dan menyekat keuntungan melampau pihak pemaju dan mereka yang ambil untung atas angin.
Rasa macam tak guna pergi MAPEX 2014, tak ada satu faktor pun yang Wow!!! yang boleh menarik pembeli untuk ke sana. Pilihan banyak, tetapi hartanah di MAPEX 2014 di Midvalley menawarkan harga yang tinggi melampau…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s