Keunikkan Fisherman’s Wharf Tamsui, Taiwan

Tamsui Fisherman Wharf (dalam Bahasa Cina: 淡水 渔人 码头; pinyin: Dànshuǐ Yúrén Mǎtóu) ialah satu tempat yang sangat indah di hujung barat Daerah Tamsui, New Taipei City, Taiwan. Kawasan ini, sebelumnya dikenali sebagai “Pusat Perikanan Memancing Kedua Tamsui”.
Di tebing kanan muara sungai Tamsui, terdapat sebuah pelabuhan perikanan yang penting dalam sejarah awal utara negara Taiwan. Tamsui Fisherman Wharf terkenal kerana pemandangan matahari terbenam yang indah serta pilihan makanan laut yang segar. Walau bagaimanapun, di Fisherman Wharf ini juga, ada kemudahan taman bersiar-siar untuk masa lapang di samping masih lagi berfungsi sebagai pelabuhan untuk bot nelayan.
Di Fisherman Wharf Tamsui ini lah terletak lokasi penggambaran Filem-filem Taiwan yang terkenal iaitu Love Bridge. Ia sangat sinonim dengan banyak filem dan drama Taiwan. Di bina pada Julai 2004, Love Bridge semakin lama semakin menjadi tumpuan pelancong dan semakin terkenal seluruh Taiwan.

Lokasi Fisherman’s Wharf Tamsui ini cuma sekitar 25 km dari bandaraya Taipei dan memerlukan sekitar 1 jam perjalanan menggunakan lebuhraya. Tak jauh dan ia mudah di akses. Lokasi sekitar Tamsui pun memang ada banyak tempat menarik seperti Old Street Market Tamsui. 
Tak rugi kalau ke Fisherman’s Wharf di Tamsui kerana anda akan teruja dengan senibina Jambatan Cinta (Love Bridge) di sini. Kalau hujung minggu, ramai yang berkunjung ke sini dan mengambil peluang untuk bersiar-siar bersama keluarga.
Jadi, kalau anda ke Taipei, wajib singgah di Tamsui Fisherman’s Wharf ini. Ia lokasi yang cantik dan punyai tarikan pelancongannya yang tersendiri. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s