PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2014 Kemuncak Pusingan Grand Final Di Ho Chi MInh

Prudential Astro Masters 2014

 

Prudential Astro Masters 2014selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantasterus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia mengujikemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara.Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akanmembawa peserta pusingan Grand Final berentap merebutkejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam.

Siri Prudential Astro Masters 2014 akan bermula (tee off) pada15 April 2014 di Kota Permai Golf & Country Club, Kuala Lumpur. 20 pusingan kelayakan secara keseluruhan akanberlangsung di beberapa rangkaian lapangan golf terbaik diserata Malaysia. Turut diperkenalkan dua buah padang golf baruyang turut tersenarai untuk pusingan kelayakan kejohanan iniiaitu Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor dan Kelab Rahman Putra, Selangor.

Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett untuk setiap pusinganakan meneruskan persaingan dalam pusingan Grand Final Prudential Astro Masters 2014 di Vietnam Golf & Country Clubdan Long Thanh Golf Club dari 21 hingga 24 September 2014.Kedua-dua padang golf ini pastinya menjanjikan keindahan luarbiasa tatkala terletak di hamparan 300 hektar kawasan hutanmenghijau yang juga merupakan bekas kawasan sawah padidengan pemandangan yang permai.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters, Jeganathan Palanisamy berkata, “Kami sangat berbesar hatiatas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia dalam membangunkan arena golf amatur di Malaysia untuk tahun 2014. Kami juga sangatberbangga dengan kejohanan ini yang telahpun mencatatkanpenyertaan hampir 39,000 peserta semenjak pertama kalidianjurkan dan kami berharap untuk mencapai seramai 40,000penyertaan bagi tahun ini daripada barisan para pencinta sukangolf yang ingin menguji kemahiran mereka.”

Ketua Pegawai Pemasaran Prudential Assurance MalaysiaBerhad, Fiona Liao, berkata pihaknya sangat teruja kerana sekalilagi menjadi penaja utama untuk pertandingan golf amatur yangterkenal dan berprestij ini. “Tahun ini merupakan tahun yangsangat istimewa bagi kami di Prudential kerana kami meraikanulangtahun kami yang ke-90 di Malaysia. Sepanjang 90 tahunini, kami telah membantu kehidupan orang ramai dari semualapisan masyarakat di Malaysia dan kami akan terus berusahademi untuk melakukan perubahan, bukan sahaja melalui inovasipenyelesaian kewangan bahkan melalui penglibatan kami dalampelbagai projek yang bermakna. Penglibatan kami di dalamPrudential Astro Masters merupakan salah satu contohbagaimana kami menyasarkan untuk meluaskan capaian sertamendekatkan diri dengan rakyat Malaysia melalui pelbagaisaluran dan juga sebagai tanda terima kasih kami atassokongan berterusan dari mereka”.

Para peserta yang mendaftar untuk penyertaan pada tahun iniakan menerima cenderahati bernilai lebih RM300 dan jugaberpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menariksumbangan dari rakan-rakan perniagaan Prudential AstroMasters iaitu AmBank, Panasonic, Bridgestone, The Star, Samsonite, MST Golf, Titoni, GOLF Magazine, Banana Boat, Fresh & White, Pharmaton, Shokubutsu Active Guard, Heineken, Gatorade, Schick, Power Bar, AXN, TVB,GlenGrant, Jake’s Charbroil dan Cinta Sayang Resort.

Prudential Astro Masters turut menawarkan hadiah lumayanberupa sebuah kereta mewah, Toyota Camry 2.0GX yangbernilai RM159,900 sebagai hadiah hole-in-one. Di samping itu,beberapa buah televisyen Panasonic Smart LED TV 50 incimenanti pemenang di setiap pusingan kelayakan sebagai hadiah’Sure to Win’ hole-in-one.

Oleh itu, sertai dan daftarkan diri anda hari ini keranapenyertaan adalah terhad kepada 120 penyertaan sahaja untuksetiap pusingan. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.astro.com.my/astrocircle dan http://www.golfpeople.com.my,atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelanggan Astro layak mendaftardengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM250, manakalaRM350 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro.

Prudential Astro Masters 2014

 

Prudential Astro Masters 2014

Glamorous MrJocko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s