Tips Petua Mudah Bersalin Oleh Dr Asma Yun

Tips Mudah Bersalin untuk ibu

 

Alhamdulillah, bulan April 2014 dah sampai dan ia merupakan bulan yang kami tunggu-tunggu kerana wife sudah sarat mengandung 9 bulan. Due date bulan ini dan selama hampir 5 bulan lepas kami menggunakan khidmat Dr Asma Yum, Doktor Pakar di Pusrawi Kuala Lumpur. Hari ni merupakan minggu-minggu terakhir buat medical check-up dan hari ni juga Dr Asma Yun memberikan Tips Dan Petua Mudah Bersalin untuk ibu-ibu yang sedang menunggu masa kelahiran.

Tips dan Petua Mudah Bersalin Oleh Dr Asma Yun

1. Banyakkan exercise dan melakukan pergerakkan. Bukannya berlari dan membuat aktiviti sukan, tetapi cukup hanya berjalan dan berdiri untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan. Jika si ibu banyak melakukan gerakan seperti berjalan dan berdiri, ia akan mendorong bayi turun ke rahim dan memudahkan kepala bayi turun ke ruang rahim ibu.

2. Aktiviti Hubungan Intim antara suami isteri di bulan-bulan terakhir banyak membantu si ibu mudah bersalin. Ini kerana menurut Dr Asma Yun, kandungan yang ada di dalam Air Mani suami boleh membantu menambahkan lagi contraction atau tekanan kepada rahim untuk senang mengembang untuk tujuan kelahiran.

3. Makan Buah Kurma dan Minum air putih banyak-banyak kerana ia ada di sebutkan di dalam Al-Quran.

4. Ada sesetengah petua mengatakan ibu yang sedang menunggu untuk bersalin di syorkan untuk memakan sayur bendi dan juga air kelapa. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan oleh Dr Asma Yun. Tetapi, ia selalunya berdasarkan pengalaman pesakit-pesakitnya yang lepas.

5. Solat dan Doa, sudah pastinya bila tiba waktu dan saat untuk bersalin, kita diharuskan memohon doa dan harapan kepada Yang Maha Kuasa supaya dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesenangan untuk melahirkan bayi dalam kandungan.

Masih ada beberapa minggu lagi, dan jika tidak aral melintang kami menunggu masa untuk kelahiran bayi kami yang ketiga. Selain Tips Petua Mudah Bersalin yang diberikan oleh Dr Asma Yun, kami juga memohon doa dari rakan-rakan semoga dipermudahkan segala urusan bersalin untuk kali ini, Ameennnn…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s