Ko Hin Ngam : Pulau Batu Hitam Di Satun

Bagi peminat pantai, laut dan juga pulau, Koh Lipe di Satun, Thailand amat terkenal untuk mereka. Namun, ramai yang terlepas untuk singgah di Ko Hin Ngam, sebuah pulau kecil yang UNIK dan SATU-SATUNYA Pulau Batu Hitam yang ada di Dunia. Pulau ini lah yang di namakan Ko Hin Ngam atau Pulau Batu Hitam.
Kenapa Pulau Ko Hin Ngam Unik?
Keseluruhan pantai dan pulau ini dipenuhi dengan batu-batu yang berbentuk agak bulat dan licin, dipercayai terhasil semulajadi akibat hakisan ombak dan air laut. Pulau ini tidak mempunyai pasir dan ianya hanya mempunyai batu-batu hitam yang licin dan memang cantik. Pulau ini memang telah di istiharkan sebagai salah satu kawasan Taman Negara Thailand dan anda di larang untuk mengambil walaupun satu batu-batu di Pulau Batu Hitam ini.

Ia terletak cuma sekitar 25 km dari Jeti Pak Bara dan memakan masa lebih kurang satu jam untuk ke sana. Lokasinya dekat sahaja dengan pusat pelancongan terkenal Koh Lipe, Koh Adang dan Koh Rawi di Taman Negara Thailand yang lain.
Jadi, kalau anda ke Koh Lipe, Thailand, jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati keunikkan Koh Hin Ngam ini. Anda semestinya akan leka dengan keindahan dan keunikkan batu-batu hitam yang ada di Ko Hin Ngam ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s