Anak Kitty Kini Berumur 3 Minggu

Kami sekeluarga sekarang memang hari-hari terhibur dengan gelagat newborn kitten Persian Semi Flat baka induk ibu Kitty yang kami pelihara sejak bulan Mac 2014. Rezeki kami bila kami mula pelihara Kitty, dia dah bunting 1 bulan. Tanpa di sangka Kitty beranak awal, 24 Mac 2014 semasa MrJocko di Bandung, Indobesia.
Minggu ini memasukki minggu ketiga umur anak kucing baka parsi semi flat ini. Lahir dua ekor, tetapi hanya seekor sahaja yang hidup. Dan yang kecik ni la jadi penghibur Khalish dan Hasya kat rumah. Balik sekolah jer mesti nak tengok anak kucing.
Tambah-tambah beberapa hari lepas anak kucing tu baru buka mata dan melihat duni selepas 2 minggu lahir. Biasa la, anak kucing akan hanya dapat buka mata selepas 10 hari hingga 14 hari. Jika tak buka jugak, ambil tisu dan basahkan dengan air suam, kemudian sapu perlahan di mata anak kucing tersebut. InsyaAllah mata anak kucing akan mula terbuka.

Jenis kucing baka Parsi lebih-lebih lagi yang muka flat kena jaga elok-elol kerana ia sensitif terhadap habuk dan hingus. Pastikan hidung kucing sentiasa bersih untuk elakkan dari penyakit.
Tak sabar nak tunggu lagi sebulan untuk ajak si kecil ini belajar berak, bermain dan juga makan makanan basah. Harap anak kucing parsi semi flat ni akan terus comel dan sihat gemuk sampai dewasa🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s