Barang Wajib Bawa Masa Travel : MrJocko

Barang barang wajib untuk travel

 

Ada kawan yang bertanya, apa yang perlu kita bawa masa sight-seeing ketika travel ke luar negara? Jawapan MrJocko mudah sahaja, tengok keperluan masing-masing. Lain orang, lain cara travel dan lain pilihan mengembara. Setiap orang tak sama.

Bagi MrJocko, antara barang yang wajib MrJocko bawa ialah passport, wallet duit, kamera, iPad dan smartphone, power bank, jam, gula-gula dan juga plastik bag.

Passport

Barang wajib bawa kalau diluar negara. Kalau ditahan pihak berkuasa, senang nak berurusan. Kalau tidak, anda mungkin akan tidur di lokap.

Wallet dan Duit

Kalau tak bawa duit, camana nak beli barang? Walaupun banyak trip yang MrJocko sertai adalah trip berbayar dan ditaja sepenuhnya, wallet dan duit wajib bawak. Mana tahu nak beli gifts dan cenderahati.

Kamera

Sudah pasti untuk ambil gambar kenangan. Pergi jalan-jalan jauh, kena ambil gambar sebagai kenangan.

iPad dan Smartphone

Untuk kegunaan akses internet atau laman sosial. Sesetengah tempah ada WIFI Percuma, boleh akses ke laman sosial. Lagipun, jika ada masa menunggu, boleh habiskan masa dengan iPad, tak ada la boring.

Power Bank

Nak kena standby, takut-takut bateri iPad atau smartphone kehabisan.

Jam

Semestinya untuk pastikan masa yang tepat. Ada banyak kes, member ketinggalan bas sebab salah tengok waktu Malaysia dan waktu tempatan tempat melancong… Naya…

Gula-gula

Bila jalan jauh, kadang-kadang kita rasa penat. Bila kunyah gula-gula, tak la rasa penat sangat. Tumpuan kita pasal penat dah tak ada. Satu lagi, ada ketika menu kita makan tak sedap. Gula-gula la penyelamat.

Plastik Beg

Bawa jer dalam poket. Kalau di Indonesia boleh letak kasut ketika di Masjid. Nanti hilang dicuri. Kalau di Taiwan, buat cover barang letrik, takut basah terkena hujan. Bak kata orang, bawak jer la. Banyak guna nanti.

Itu la serba sedikit barang wajib MrJocko bawa bila travel ke luar negara. Selalunya memang ia sangat berguna dan memudahkan setiap kali travel. Letak jer semua dalam beg sandang kecil. Barang-barang ni akan memudahkan anda bila masa anda kecemasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s