Kerosakkan Biasa Smartphone Jenama Samsung

 

MrJocko sekarang menggunakan smartphone lama, Samsung Galaxy Note N7000. Malangnya beberapa hari lepas, ada masalah sikit bila smartphone ini kehabisan bateri dan tidak boleh di’charge’ menggunakan charger kereta, computer atau rumah. Mulanya ingatkan masalah beteri dah kong dan habis tempoh.

Namun selepas ditukar dengan bateri baru, masalah sama berulang. Bila disambung kepada charger, icon menunjukkan ada aktiviti mengecas, namun ia tetap berada di % yang sama malah semakin kehabisan. Sah, ini bukan masalah bateri.

 

 

 

Mungkin ramai pengguna Samsung yang pernah mengalami masalah bila smartphone Samsung anda rosak. Paling ketara, mengikut ‘Tukang Repair’ smartphone tadi ialah kerosakan Charging Pin Hole di unit smartphone jenama Samsung. Itulah yang dialami oleh Galaxy Note N7000 MrJocko.

Kata beliau banyak berlaku kepada smartphone Samsung masalah kepala pin charger yang senang rosak. Nasib baik jenis Note ini upah baiki dan tukar pin hole baru cuma RM50 sahaja. Kalau jenis S3, S4 dan beberapa model Galaxy lain ia terpaksa ditukar satu set pin hole melibatkan kos sekitar RM180.

Oleh sebab itu, sekiranya anda pengguna Samsung Galaxy, jaga baik-baik semasa mengecas atau sambungkan USB Cable dari smartphone ke peranti lain. SILA GUNAKAN KABEL SAMSUNG ORIGINAL. Penghunaan kabel USB yang murah atau bukan original akan merosakkan pin hole charging tersebut.

So, berhati-hati atau anda terpaksa hantar smartphone anda ke kedai baiki smartphone dan habiskan RM50 ke RM200 untuk kos pembaikian.

p/s : kalau tak boleh charge, Jangan tukar bateri terus… pastikan anda hantar untuk baiki dulu kerana ia mungkin rosak dibahagian lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s