Audio Wanita Maki Call Centre Plus Highway

Beberapa hari ni jadi trending, isu seorang wanita yang membuat panggilan ke Call Centre Plus Highway dan meluahkan kemarahannya kepada salah seorang Call Centre Operator. Audio rakaman yang direkodkan lebih dari 3 minit tu memang jelas menunjukkan betapa kecewanya wanita tersebut dengan servis PLUS Highway.

Antara fakta yang ada di dalam rakaman Audio tersebut :

1. Wanita tersebut berulang-alik memandu dari Melaka – Kuala Lumpur – Melaka setiap hari bekerja.

2. Beliau pulang rumah sekitar jam 9.00 malam dari Kuala Lumpur dan sampai di rumah sekitar jam 3.00 pagi akibat kesesakkan lebuhraya PLUS Highway dari Kuala Lumpur ke Melaka.

3. Beliau sudah mengalami situasi kesesakkan yang sama sejak 5 bulan yang lepas.

4. Dari Kuala Lumpur ke Melaka mengikut luahan beliau memakan masa selama 6 jam memandu akibat kesesakkan jalan raya.

 

Audio wanita marah call centre PLUS

Audio wanita marah call centre PLUS

 

Kemarahan memang nampak jelas dari nada dan bahasa yang digunakan oleh wanita tersebut. Ternyata nampaknya beliau dah lama memendam kekecewaan dan kemarahan tersebut.

Pandangan MrJocko

1. Memang sesekali kalau drive dari Kuala Lumpur melalui Tol Sungai Besi menghala ke Seremban ada dua lokasi yang selalunya sesak dan perlahan iaitu ketika menghampiri Hentian Nilai dan juga menghampiri susur Tol Seremban.

2. Boleh dikatakan setiap masa MrJocko melalui highway tersebut, ada sahaja maintainance, jalan ditutup dan kon pembinaan sedang berjalan. Macam kakak tu cakap, boleh tak kalau buat masa awal pagi, semasa orang tak ramai gunakan lebuhraya?

3. Hari biasa pun kadang-kadang Hentian Rawat dan Rehat selalu penuh dan tidak teratur, apatah lagi musim cuti panjang atau perayaan.

4. Betul kata Kakak dalam audio itu, kami bayar tol bukan untuk hadap ‘jam’ setiap masa. Kalau jam teruk, baik tak payah buat TOL…

Sekarang nak dengar juga feedback atau jawapan dari pihak PLUS. Mohon tampil la redakan kemarahan Kakak tersebut. Mungkin PLUS tidak boleh kurangkan kesesakkan dengan segera, tetapi dengan PR dan jawapan yang baik, ia akan meredakan kemarahan dan kekecewaan banyak pihak…

PLUS Highway,,, sila respon…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s