Cara Mudah Mandikan Anak Kucing Baru Lahir

Masuk hari ni, anak kucing kat rumah MrJocko dah berusia 27 hari dan masih menyusu. Yang nama Kiki, warna hitam putih anak Kitty. Yang nama Mia, warna oren ialah anak kucing yang kami ambik dengan kawan MrJocko berumur hampir sama dengan Kiki. Hari ni, kali pertama diorang mandi.

 

Kalau kucing dewasa, cara mandinya perlu sabun khas dan shampoo khas. Tapi untuk anak kucing, MrJocko cuma guna cecair baja haiwan. Caranya cukup la sekadar guna baja haiwan dan spray ke badan anak kucing dan gosok supaya rata.

 

Tips mudah untuk mandikan anak kucing yang berusia sekitar sebulan, pastikan anda mandikannya pada waktu tengahari dan ada cahaya matahari. Ini kerana, selepas mandikan anak kucing anda, pastikan ia kembali kering dalam masa yang cepat. Kalau tidak, kesian kat anak kucing tersebut kesejukkan. Kalau anda nak guna hair dryer pun boleh, tetapi elok asingkannya untuk kegunaan kucing sahaja.

 

 

Cara mandikan anak kucing

Cara mandikan anak kucing

 

 

Tengok la si bulus dua ekor ni. Suka bila kena air dan tak takut. Biasakan ia dengan mandikan setiap bulan untuk kebersihan. Bila dia dah biasa, senang nak mandikannya bila dah dewasa.

Anda ada anak kucing? Jangan lupa rajin-rajin lah mandikan mereka supaya mereka sentiasa bersih dan sihat. Mandian ini akan membantu anda mengelakkan anak kucing anda dijangkiti penyakit seperti hama dan juga kutu.

Bila tak ada hama dan kutu, baru la best nak peluk kucing anda…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s