Travelog : Kenapa Saya Suka Travel Ke Bandung

Kenapa saya suka travel ke Bandung.

Dalam banyak-banyak lokasi luar Malaysia, Bandung merupakan kotaraya yang MrJocko selalu lawati. Sudah 4 kali MrJocko melawat Kota Bandung, Indonesia dan semestinya masih banyak lagi tarikan lain di Bandung masih boleh diterokai.

Bandung Pusat Barang-barang Murah

Antara sebab MrJocko suka berlibur di Bandung kerana tarikan tempat membeli-belahnya. Banyak pakaian, aksesori, kain pasang dan macam-macam lagi sangat murah berbanding Kuala Lumpur. Di Bandung, ada beratus-ratus kedai Factory Outlet yang menawarkan barangan yang original, berkualiti dan murah berbanding harga jualan runcit biasa.

Landskap Tarikan Pelancong

Bandung juga menawarkan lokasi yang menarik untuk peminat alam semula jadi. Di Bandung anda boleh melihat keindahan landskap ciptaan Allah seperti Tangkuban Parahu, Bukit Dago atau menyusuri Puncak, lokasi tanah tinggi di pinggir Kota Bandung.

 

Bandung, Indonesia

Bandung, Indonesia

Bandung, Indonesia

 

Pelbagai Menu Masakan Tradisional Indonesia

Samada anda mahu mencuba menu masakan Sunda, Padang, Minangkabau dan menu masakan lain, semua ada di sini. Bandung punyai beribu-ribu jenis masakan yang memang terkenal di Pulau Jawa ini. Macam MrJocko, lebih suka kepada menu masakan Padang.

Kos Percutian Yang Murah

Di Kota Bandung, anda boleh mendapatkan Hotel 3 Bintang dengan hanya bayaran dibawah harga RM100 dan ia muat untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sangat selesa dan berbaloi. Jika anda seorang pengembara Back Packers, lagi mudah kalau ingin mencari Dorm atau Hostel di Bandung. Cuma RM10 semalam, anda boleh menikmati percutian bajet di Bandung.

Banyak lagi yang menarik di Bandung. Anda sendiri kena terokai lokasi percutian ini dan anda mungkin akan faham kenapa saya suka travel ke Bandung, Indonesia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s