BoomBand Fitness Tracker Wristband

Ada banyak Fitness Tracker yang dijual dipasaran samada yang mempunyai jenama terkenal ataupun jenama biasa yang dijual secara berasingan. MrJocko berpeluang mencuba Alcatel BoomBand, Fitness Tracker Wristband yang disertakan sekali dalam unit smartphone Alcatel OneTouch IdolX+.

 

Alcatel BoomBand Fitness Tracker

 

 

Selama 2 hari MrJocko mencuba BoomBand ini, MrJocko memang teruja dengan gadget ini. BoomBand Wristband ini boleh mengukur kadar langkah setiap hari, kalori yang digunakan serta jauh perjalanan yang MrJocko langkah pada hari tersebut. Rekod ini membantu MrJocko untuk menilai pergerakkan dan aktiviti seharian.

Target yang ditetapkan oleh BoomBand ditentukan oleh faktor jantina, umur, tinggi dan berat. Apps BoomBand ini akan mencadangkan kepada pengguna untuk melakukan berapa langkah dalam sehari untuk memastikan penggunanya berada dalam keadaan sihat.

Sebagai contoh, dengan umur MrJocko, tinggi 156cm dan berat 75kg, MrJocko di sarankan supaya melangkah sebanyak 10,000 langkah sekurang-kurangnya, kalori sekitar 450 dan sejauh 7.5km.

Jadi untuk kekal sihat, itu lah target seharian MrJocko untuk memastikan badan aktif dan tidak malas melakukan pergerakkan seharian. Target standard untuk fitness pun memang 10,000 langkah sehari. Anda bagaimana? Cukup kah 10,000 langkah sehari?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s