Pasar Burung Di Jalan Peta Bandung

Sewaktu MrJocko ke Bandung pada bulan Mac 2014, MrJocko menetap di Pop! Hotel Bandung. Lokasi Pop Hotel memang terbaik kerana bersebelahan dengan Festival CityLink Bandung dan dekat dengan kawasan Cibaduyut dan juga Cihampelas. Lagipun harga pakej penginapan di Pop Hotel agak murah kalau di beli menggunakan Online.
Festival CityLink menghadap jalan besar yang diberi nama Jalan Peta. Di depan sikit, di Jalan Peta menghampiri cabang empat, anda boleh lihat sendiri Pasar Burung yang terkenal di Bandung. Di sini, ramai penjual Burung membawa burung mereka untuk di jual dan di pamerkan di sini. Ada pelbagai jenis burung yang di jual dan mempunyai peminat yang pelbagai.

Seawal pagi jam 8.00, peminat burung akan berkumpul dan melihat burung-burung yang dijual. Bagi yang berminat mereka boleh membeli burung yang mereka mahu dan boleh membeli sangkar yang sesuai untuk burung peliharaan mereka. 
Bagi seekor burung, anda boleh beli dengan nilai serendah Rp6,000 hingga jutaan Rupiah, bergantung kepada jenis dan kualiti burung. Sangkar burung pula di jual dalam pelbagai saiz. Harga serendaha Rp50,000 sehingga jutaan Rupiah.
Jadi, kalau anda ke Bandung, singgah la kejap dan anda boleh melihat sendiri betapa meriahnya Pasar Burung Bandung di Jalan Peta ini. Pengalaman yang anda tidak mungkin lihat di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s