Apa Itu Goods And Services Tax GST Malaysia

GST Malaysia
SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST
Apakah itu GST GST = Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Masakini kita membayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :
1. cukai jualan (6%) dan
2. cukai perkhidmatan ( 10%);ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST? 
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST? 
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa? 
Mulai 1 April 2015.Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal? Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai. Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah. Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya. Jual beli dan sewa rumah kediaman Perkhidmatan kewangan terpilih.
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama? Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.Pendapatan bercukai dinaikkan kepada: melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan perniagaan? 
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaanPemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015 
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan 
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian? 
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST? Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah” telus, berkesan dan sistem cukai yang adil”
Adakah harga barangan naik? 
Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.
Apa yg Penting : 
GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masa kini rakyat sudah membayar 2 cukai.
GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makan & keperluan asas tidak dikenakan cukai.
GST bukan kos kpd perniagaan
IHP = INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan sepertt :- Pakaian, kasut, barang hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan dan lain lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s