Tips Uruskan Uri Bayi Baru Lahir

Tips Uruskan Uri Bayi Lahir

 

Tips Uruskan Uri Bayi Baru Lahir

Alhamdulillah, semasa wife bersalin di Pusrawi Jalan Tun Razak, urusan uri bayi yang baru lahir disiapkan dan disempurnakan oleh Jururawat bertugas. Tinggal untuk ditanam sahaja. Terima kasih Pusrawi.

Tetapi, kalau ada yang belum tahu, jom kita kongsi antara cara-cara uruskan Uri Bayi Baru Lahir.

1. Mulakan dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.

2. Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.

3. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri…

4. Perahkan 3-4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau untuk mengharumkan uri. Seterusnya taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Ini untuk mengelakkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang.

5. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) kemas-kemas.

6. Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).

7. Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis dan syaitan.

Untuk bayi yang ketiga ni, MrJocko cuma cari lokasi untuk menanam Uri tersebut dan semunya selesai. Alhamdulillah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s