Pusat Membeli Belah Festival CityLink Bandung

Di Bandung kini terdapat satu shopping mall yang besar diberi nama Festival CityLink. Lokasinya berada di Jalan Peta dan ia terletak di tengah-tengah bandaraya Bandung. Bangunan 4 tingkat ini mempunyai banyak kedai-kedai makan, butik dan juga ruang pameran yang sesuai digunakan untuk setiap hari.
Masa MrJocko ke Bandung pada bulan lepas, MrJocko menginap di Pop! Hotel, hotel butik bersebelahan dengan Festival CityLink. Lokasinya yang strategik dan di kelilingi oleh tempat menarik di Bandung memang menjadi pilihan MrJocko.
Di Lower Ground Festival CityLink terdapat pasaraya terbesar di Bandung yang dikenali sebagai Lotte Mart. Memang luas dan ia mungkin menyamai konsep Tesco atau AEON Big di Malaysia. Jadi, bila menginap di Pop! Hotel atau Harris Hotel bersebelahan Festival CityLink ini, anda memang akan selesa dan mudah untuk akses ke pusat membeli belah ini.

Di Festival CityLink ada banyak kedai makan dan butik outlet menarik untuk dikunjungi. Yang terkenal seperti J.Co Donut, KFC, Roppan, Baskin Robin dan banyak lagi. Nak tengok wayang pun boleh, kat sini ada pawagam. Tetapi, paling ramai di kawasan lower ground yang penuh dengan orang yang membeli belah di Lotte Mart.
Jadi, sekiranya anda ke Bandung, nak jimat dan mudah akses, MrJocko syorkan anda menetap di Pop! Hotel Bandung. Harga semalaman hanya seitar RM60-RM100 bergantung kepada Peak Season atau tidak. Nak book ONLINE Pop Hotel pun mudah🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s