Batik Beteng, Outlet Jualan Koleksi Batik Terbaik Di Jogjakarta

Batik memang tidak boleh di pisahkan lagi dengan rakyat Indonesia dan juga menjadi salah sati Ikon produk untuk negara Indonesia sejak dari dulu lagi. Di Indonesia, rakyatnya memang rata-rata menyokong produk batik ini dari pemakaian baju, seluar, tengkolok, kain dan macam-macam lagi, banyak yang di buat berasaskan batik.
MrJocko sempat singgah di Batik Beteng, salah satu kedai atau outlet yang menawarkan pelbagai jenis produk yang berasaskan batik di Jogjakarta. Di Batik Beteng ini, ia merupakan lokasi pilihan pelancong untuk barangan batik dan juga barangan cenderahati yang mempunyai identiti Indonesia sebagai kenang-kenangan.

Kat kedai Batik Beteng ini memang ada banyak pilihan. MrJocko sempat beli beberapa Fridge Magnet untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harga bermula dari Rp6,000 hingga Rp30,000. Ada banyak lagi barangan cenderahati lain yang boleh anda beli dan ia memang dijual pada harga yang berpatutan.
Untuk harga batik, and boleh memilih jenis dan kualiti berdasarkan citarasa anda. Paling murah boleh dapat sekitar Rp35,000 dan yang paling mahal ialah Batik Sutera yang mencecah harga Jutaan Rupiah atau Ribuan Ringgit.
Kalau ke Indonesia, tidak lengkap kalau tak beli cenderahati sebangai kenang-kenangan. Pilih mana satu yang anda mahu dan boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan minat anda. Semuanya memang murah dan cantik-cantik. Selamat membeli di Batik Beteng, Jogjakarta.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s