Macbook Air 13 Inci : Gadjet Terbaru MrJocko

Sangat-sangat lama MrJocko menunggu untuk memiliki gajet Macbook Air ini. Pandangan peribadi, Macbook Air antara laptop yang memang punyai banyak kelebihan terutama dari segi saiznya yang nipis dan sangat portable. Rasanya, ramai rakan blogger memang impikan gadget ini untuk kerja-kerja blog kerana ia memang gajet yang unik.
Samada anda seorang blogger atau perunding kewangan seperti MrJocko, Macbook Air ini memang sesuai kerana ia senang dibawa kemana-mana sahaja.

MrJocko kini menerima satu unit Macbook Air bersaiz 13.3 inci dan ia datang dengan kelajuan processor 1.3GHz, RAM 4G DDR3 dan 128GB Flash Storage. Macbook Air 13 inci ini mempunyai sokongan Intel Core i5 dan menggunakan OS X Versi 10.9.2. Untuk grafik, Macbook Air ini menggunakan Intel HD Graphics 5000 1024 MB. Kalau nak tahu, ini model tahun 2013 rasanya sebab untuk model baru Macbook Air samada Macbook Air 11 inci atau 13 inci kini menggunakan specs yang lebih bagus iaitu 1.4GHz dengan kelajuan Intel Core i7.
Untuk membezakan Macbook Air ini dengan Notebook Lenovo S100 yang telah MrJocko guna sejak 3 tahun lepas, sangat lah tidak adil kerana specs Macbook ini jauh lebih baik berbanding Notebook. Apapun, Notebook Lenovo memang terbaik juga sebab senang bawa ke mana-mana sahaja.
Sedikit sahaja masalah Macbook Air ini kerana asalnya ia tidak mempunyai OS Windows. Ada satu softwares financial yang MrJocko guna sememangnya hanya menggunakan OS Windows sahaja. Yang lain, apa yang ada pada Macbook Air ini adalah satu gajet laptop yang dikira terbaik dalam kumpulannya. Paling best, senang bawa ke mana-mana kerana berat Macbook Air 13 inci ini hanya sekitar 1.35kg sahaja.
InsyaAllah, MrJocko akan cuba review Macbook Air ini sedikit demi sedikit memandangkan ia akan bersama MrJocko selagi hayat di kandung badan. Welcome Macbook Air 13 into MrJocko’s life…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s