Pasar Beringharjo Lokasi Shopping Di Jogjakarta

Jogjakarta memang banyak tarikan, bukan sahaja lokasi pelancongan, sejarah dan juga senibina lama yang menjadi pilihan pelancong dunia. Kalau orang Malaysia seperti MrJocko, mesti memilih untuk shopping barang-barang yang murah. Lokasi shopping utama dan menjadi tarikan semestinya Pasar Beringharjo. Pasar ini menyerupai Pasar Baru di Bandung dan Pasar Baru Jakarta. Di Pasar Beringharjo ini memang ada pelbagai jenis jualan.
Bangunana Pasar Beringharjo di Jogjakarta agak besar dan mungkin besar 2 kali ganda Pertama Kompleks, Kuala Lumpur. Beza sedikit sahaja yang mana di sini banyak menjual pakaian, barangan muslimah, kasut, t-shirt cetak, cenderahati dan pelbagai jenis barangan aksesori lain. Jarang kelihatan barangan gadget dan elektronik di sini. Cuma bahagian bawah sekali, ada beberapa kedai menjual emas Indonesia.

Pasar Beringharjo mempunyai bangunan 2 tingkat sahaja dan penuh dengan kedai-kedai menjual pakaian. Harga di sini memang murah dan jika anda ingin membeli dalam kuantiti banyak atau borong, bisa di atur. Memang ini la lokasi untuk jualan borong.

Jika anda menetap sekitar bandar Jogjakarta, untuk ke Pasar Beringharjo anda cuma perlu menaiki Bechak. Satu trip dari hotel ke Pasar Beringharjo dikenakan tambang sekitar Rp2,000 (RM0.60 sen) hingga Rp6,000 (RM1.80). Kalau anda naik Bechak yang ada enjin, harga mungkin sekitar Rp10,000 (RM3.00).
Pasar Beringharjo ini hanya bersebelahan dengan Jalan Malioboro. Boleh tengok entry Jalan Malioboro Jogjakarta di SINI. Cuma di Pasar Beringharjo lebih popular untuk kain pasang, baju pasang dan kasut. Di Malioboro pulak lebih popular bila tiba waktu malam.
Kalau di Bandung ada Pasar Baru, di Jogjakarta ada Pasar Beringharjo. Nak shopping murah dan pelbagai barang, boleh ke Pasar Beringharjo. Cuma beringat, kalau ke Beringharjo dan Malioboro, bawa beg dengan berhati-hati. Kat sana banyak juga mereka-mereka yang memang pakar dalam kes copet-mencopet…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s