Review Alcatel OneTouch Idol X+ : Smartphone Octa Core Terbaik

Mula mengenali jenama Alcatel sejak beberapa tahun yang lalu. Masa tu, masih belum sempat memiliki telefon jenama Alcatel ini. Antara perkara yang sinonim dengan produk Alcatel ialah rekaan telefon yang mempunyai warna-warna yang funky dan pelbagai termasuk kuning, biru, silver, putih dan beberapa warna lain. Yang paling menonjol masa tu rasanya model Alcatel Easy, warna kuning.
Kini, selepas beberapa tahun, Alcatel datang dengan rekaan baru dan pembaruan yang begitu drastik. Lihat sahaja pelancaran Alcatel OneTouch Idol X , Pelancaran Alcatel Idol X+ dan Alcatel OneTouch Alpha dan juga pembukaan Kedai Konsep Alcatel OneTouch di Philipines dan juga kini di Low Yat Plaza Kuala Lumpur.

MrJocko diberi peluang untuk menguji kehebatan Alcatel OneTouch Idol X+ ini selama hampir 3 minggu. Secara mudah, Alcatel OneTouch IdolX+ ini adalah smartphone terbaik di dalam lingkungan harga bawah RM1,400 dan mempunyai kelajuan processor OctaCore yang jarang-jarang ada pada smartphones lain.
Untuk spesifikasi, anda boleh rujuk kepada laman web Alcatel OneTouch Idol X+ atau boleh baca info ringkar di MrJocko Alcatel Idol X+ dan GSMArena Idol X+. Tenyata, ciri-ciri Idol X+ ini terbaik di kalangan beberapa smartphone yang berjenama lain yang terkenal dan dijual melebihi harga RM2,000 setiap unit. Dengan nilai hanya dibawah RM1,400 anda memperolehi satu gadget smartphones yang mempunyai kelajuan OctaCore, Gambar kualiti 13mp depan dan 2mp hadapan, serta kelajuan dalam merakamkan gambar yang anda mahu.

Skrin lebar 5inci dengan Full HD Edge memang memberikan kesan grafik dan skrin yang sangat jelas. Kualiti yang sangat memuaskan. Di tambah dengan Ear Speaker JBL, anda boleh menikmati bunyi yang sebenar dan jelas.
Rekaan Alcatel Idol X+ ini memang sangat berbeza dan punyai ciri-ciri yang menarik. Kemasan casing yang cantik dan memang memukau. Jangan risau, ada banyak casing atau cover yang sesuai di jual untuk peranti Idol X+ ini. Anda boleh bergaya dengan Alcatel OneTouch Idol X+ ini.
Oh ya, sementara stok masih ada, setiap peranti Smartphone Alcatel OneTouch Idol X+ ini datang dengan BoomBand, Fitness Tracker yang memang terbaik. Ia PERCUMA dan boleh di dapati dengan setiap set Alcatel OneTouch Idol X+ sementara stok masih ada. Untuk sedikir info dan review pendek tentang BoomBand ini, anda boleh baca di MrJocko Alcatel BoomBand

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s