Review Tunamaya Beach And Spa Resort Tioman

Alangkah bagusnya kalau musim cuti nanti dapat bercuti bersama keluarga di pulau indah seperti Pulau Tioman. Paling best kalau dapat menginap di Tunamaya Beach & Spa Resort di Tioman ini. Sebuah resort terbaik yang ada di Pulau Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort menjanjikan kelainan terbaik untuk anda dan keluarga anda.
Ruang makan yang selesa akan membuatkan anda tenang menikmati keenakkan makanan pagi, tengahari dan juga makan malam anda. Oh ya,,, kalau dapat layan BBQ kat sini mesti best kan??? Sudah pasti percutian yang bagus datang dengan menu makan yang enak.
Landskap Tunamaya juga tidak kurang hebat. Sekeliling di jaga rapi dan dikelilingi dengan flora dan fauna yang sangat indah dan cantik. Sebelah hutan menghijau, sebelah lagi lautan membiru. Tasik di sekitar resort pun cantik, jernih dan ia sangat memikat hati sesiapa sahaja.
Setiap bilik punya dekorasi yang menarik. Ia direka untuk keselesan pelancong dan juga mengekalkan ketenangan semasa percutian anda. Sudah tentu masa terbaik di waktu cuti anda amat bernilai apabila dapat berehat di bilik yang hebat…
Kalau anda dah puas mandi air laut, boleh singgah untuk mandi di kolam renang yang disediakan. Pemandangan di kolam juga memang terbaik…
Anda boleh memilih pakej sesuai untuk anda di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulau Tioman ini dengan harga promosi serendah RM1,088 per pax bagi pakej 3 hari 2 malam. Untuk kanak-kanak, harga cuma RM960 bagi pakej yang sama. Dengan pakej ini, anda boleh memilih satu antara trip snorkeling atau pakej 1 jam urutan di Sarang Touch secara PERCUMA…

Untuk pakej 4 hari 3 malam pula, anda boleh memilih pakej harga dari RM1,588 per pax dan RM1,350 untuk kanak-kanak. Pakej ini akan memberikan anda trip snorkeling dan pakej 1 jam urutan di Sarang Touch secara PERCUMA. Camana,,, menarik bukan???
Semua pakej ini disertakan dengan sarapan pagi, lunch dan juga makan malam. Ia juga termasuk pengangkutan 2 hala dari Jeti Kampung Tekek atau Jeti Kampung Genting.
Apa tunggu lagi, dah boleh dah kalau nak tempah percutian anda di Tunamaya Beach & Spa Resort di Pulau Tioman ini. Sudah pasti ia akan memuaskan hati anda sekeluarga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s