Isu Cermin Gelap JPJ : Berapa Kadar Ketelusan Cahaya

Ramai yang dah mula tak senang duduk bila dengar berita yang pihak JPJ akan menguatkuasakan undang-undang secara tegas kepada kenderaan yang menggunakan cermin gelap. Khabarnya kadar saman maksima RM300 akan dikenakan pada yang ingkar. Isu cermin kereta yang gelap dan tak ikut spesifikasi JPJ sudah mula panas.
Ramai yang bertanya, berapa peratus (%) kadar ketelusan cahaya cermin gelap yang dibenarkan oleh pihak JPJ???
Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%. 

Harus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut: 
1.JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan. 
2.Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2. 
3.Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1. 
4.Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi. 
Oleh itu, pastikan peratus ketelusan cahaya adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Bukan tidak dibenarkan memakai cermin gelap TETAPI dengan peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan.
Kepada pihak JPJ pula, harap boleh semak balik peraturan cermin gelap ini. Sebabnya, ramai yang guna tinted gelap bukan semata-mata kerana nak bergaya, tetapi sebab cuaca yang panas dan sinaran UV yang merbahaya kepada semua termasuk kanak-kanak. MrJocko yakin, staff JPJ sendiri tak suka kalau duduk dalam kereta yang panas???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s