Day 1 Trip Incheon Ke PyeongChang Korea

Pagi tadi kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Selepas sarapan di Best Western Incheon, kami satu rombongan terus bergerak ke destinasi pertama iaitu bangunan 63 Building. Kat sini kami masuk sekali ke Akuarium, 63 Wax Museum dan juga SkyArt Gallery di tingkat 60 Bangunan 63 Building di Seoul.

Selepas tu kami ke Itaewon, singgah untuk makan tengahari di Restoran Usmania, salah satu restoran Turki dan halal di Itaewon ini. Kami sempat solat Jamak di Masjid Utama Seoul ini dan kemudian meneruskan perjalanan.

 

Tempat menarik di Korea

Tempat menarik di Korea

 

Kami sampai di Lotte Premium Outlet sekitar jam 3.00pm waktu Korea dan pusing jalan-jalan tengok butik-butik yang ada di Lotte Premium Outlet Seoul ini. 2 jam kemudian kami bergerak ke PyeongChang.

Selepas sejam lebih, akhirnya kami selamat sampai di puncak Alpensia dan kini menginap di Hotel Holiday Inn Alpensia Ski Resort di PyeongChang ini. Memenatkan tetapi sangat best. Cuaca memang masih sejuk dengan suhu sekitar 10° – 15° celsius, berkabus dan memang sejuk. Memang best ditambah dengan kemudahan penginapan hotel 5 Bintang.

Esok dah nak kembali Seoul untuk 3 malam seterusnya. Malam ni sempat la jalan-jalan di pinggit hotel sebelum balik esok hari…

5 komen pada “Day 1 Trip Incheon Ke PyeongChang Korea”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s