Day 3 : Trip Geng Ke Nami Island Menaiki Subway

Bukak sahaja mata, Alhamdulillah seawal jam 4.00pagi sudah cerah di Seoul, Korea Selatan. Waktu masuk Solat Subuh kat sini sekitar 3.30am. Memasuki hari ke-3, kami masih di Grand Ambassador Seoul. Lokasi hotel ni dekat sahaja dengan Dongdaemun. Walking distance. Tetapi naik shuttle bus hotel lagi best.

Awal pagi kami ke Duksu Palace. Selesai sesi bergambar, kami dalam 19 orang ramai-ramai naik Keretapi menggunakan Subway ke Nami Island. Ada beberapa stesen dan Line Train yang perlu kami ikut untuk sampai ke Stesen Gapyeong di Republic Naminara. Nanti MrJocko share kemudian…

 

Pengalaman Trip ke Nami Island

Naik train ke Nami Island

 

Ternyata semua geng amat berpuas hati bila sampai ke Nami Island. Walaupun masih musim biasa, tetapi masing-masing pertama kali sampai sini, lokasi yang popular dengan Drama Korea, Winter Sonata.

Dari City Hall kami gerak jam 9.30am dan sampai di Nami Island sekitar jam 12.30pm. Lepak dan pusing pulau Nami sekejap, jam 4.00pm kami balik ke Stesen Gapyeong dan sempat sampai di Itaewon untuk makan malam jam 6.00pm.

Sangat puas hati dapat pengalaman baru ke Nami Island. Banyak cerita pasal Nami Island yang boleh MrJocko kongsi nanti… Teruskan jenguk blog MrJocko.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s