Lokasi Surau Di Incheon Airport

Sekiranya anda ke Korea dan menggunakan lapangan terbang antarabangsa Incheon, anda tak perlu risau untuk solat. Ini kerana di Incheon Airport, pihak pengurusan airport menyediakan surau atau bilik solat untuk Muslim yang selesa.
Anda boleh mencari lokasi bilik solat di Incheon Airport dengan mencari lokasi kedai Caffe Bene yang terletak di tengah- tengah sayap utama Incheon Airport. Paling mudah, anda cari sahaja kedai ‘Caffe Bene’ di pintu pelepasan Gate 24 di Incheon Airport. InsyaAllah anda boleh lihat signboard bilik solat ini dengan mudah.
Bilik Solat di Incheon Airport
Bilik Solat di Incheon Airport
Bilik Solat di Incheon Airport
Bilik solat memang luas dan ia dilengkapi dengan karpet yang bersih di samping ada disediakan petunjuk Kiblat sebagai panduan anda. Dalam bilik ini juga di sediakan satu unit Ionizer untuk keselesaan orang Muslim ketika solat di sini.
Anda cuma perlu mengambil wuduk di dalam bilik air berdekatan dan sediakan selipar yang sesuai untuk kemudahan anda.
Terima kasih buat pengurusan Incheon Airport yang prihatin tentang kemudahan bilik solat untuk orang Islam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s