Seoul Central Mosque : Masjid Pusat Seoul Di Itaewon

Kali pertama MrJocko ke Seoul pada tahun 2010 dulu, MrJocko tidak berkesempatan untuk singgah di Masjid Pusat Seoul ini. Kali ini, Alhamdulillah, kami sempat dua kali singgah di Masjid yang menjadi tumpuan umat Islam di Seoul.
Seoul Central Mosque atau Masjid Pusat Seoul telah dibuka pada tahun 1976 di Itaewon, Seoul. Ia terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu. Lebih mudah, ia berada di kawasa Itaewon. Ia biasanya mempunyai kuliah dalam bahasa Inggeris, Arab, dan Korea. Pada hari Jumaat (Solat Jumaat) ia mampu menarik sehingga 800 jemaah Muslim pada waktu Solat Jumaat, yang sebahagian besarnya adalah terdiri daripada keturuna bangsa Arab, India, Pakistan atau Turki. 
Masjid Pusat Seoul ini adalah satu-satunya masjid di Seoul.

Di perkarangan Masjid ini, terdapat Madrasah atau Sekolah Agama bagi anak-anak dan ia di uruskan oleh pihak pentadbir Masjid. Lokasi masjid Seoul ini terletak di atas bukit, dan anda boleh melihatnya dari jauh jika melalui kawasan Seoul atau kawasan sekitar Itaewon.
Di kawasan ini memang terdapat ramai orang Islam yang menjadi penduduk tetap atau pendatang yang menjadikan kawasan ini dan sekitar Itaewon sebagai kawasan orang Islam paling ramai di Itaewon.
Kat sini banyak restoran Muslim yang menyediakan makanan halal seperti Kebab Turki, Restoran Usmania, Foreign Restoran, Siti Sarah Restoran dan banyak lagi. Di sini juga ada kedai yang menjual daging halal untuk orang-orang Islam.
Jadi kalau ke Seoul, singgah lah di Itaewon dan kawasan Masjid Pusat Seoul ini dan selami kehidupan masyarakat orang Islam di bumi Korea, khususnya di Seoul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s