Temui Pelakon OH MY ENGLISH Musim Ketiga Di FUN ESCAPADE eCurve

Berita baik buat para peminat siri Oh My English kerana mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama para pelakon siri ini dalam sebuah program jerayawara cuti sekolah istimewa anjuran Astro iaitu Fun Escapade yang bermula dari 30 Mei hingga 8 Jun 2014, dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Centre Atrium, eCurve, Damansara. 
Siri berkonsepkan hiburan pendidikan ini telah memasuki musim yang ketiga dan disiarkan pada setiap hari Ahad bermula dari 18 Mei yang lalu, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135). Namun begitu, harap maklum bahawa mulai dari 1 Jun 2014, Oh My English musim ketiga akan bertukar waktu siarannya pada jam 9.30 malam. 
Atas permintaan ramai, Astro bakal memberikan peluang buat para peminat yang ingin mengenali secara lebih dekat serta berhibur bersama watak-watak kegemaran ramai seperti Jibam (Akhmal Nazri), See Yew Soon (Roax Tan), Putri (Amyra Rosli), Khai (Shafiq Kyle), Zack (Juzzthin) dan Cik Bedah (Sherry Al Hadad) yang akan berada di Fun Escapade pada 31 Mei dan 7 Jun 2014, pada jam 1.30 tengahari hingga 3 petang untuk sesi beramah mesra bersama para pengunjung di Fun Escapade.  
Bersempena dengan cuti pertengahan tahun ini, Astro berasa terpanggil untuk mengisi waktu lapang para pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti menarik dan berfaedah melalui program Fun Escapade ini. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk membawakan pelbagai rangkaian program dari saluran pendidikan dan saluran kanak-kanak di Astro secara lebih dekat dengan orang awam. 
Selain penampilan istimewa daripada para pelakon Oh My English, terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya adalah persembahan daripada para peserta program Ceria Superstar dan Ceria Popstar dari saluran Astro Ceria, barisan finalis program Tong Tong Wonderland dan Hai Zi Wang dari saluran Xiao Tai Yang, penampilan penggiat blogger yang terkenal serta para pemenang pertandingan pakaian kostum daripada watak-watak kartun kegemaran (Cosplay). 
Temui juga pelbagai maskot watak-watak terkenal dari dalam dan luar negara yang akan turut menghiburkan para pangunjung antaranya The Smurf, Upin dan Ipin, Croods dan pelbagai lagi. Oleh itu, mari bersama memeriahkan dan mengisi waktu cuti persekolahan ini bersama Astro di Fun Escapade bermula dari 30 Mei hingga 8 Jun 2014, dari jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Centre Atrium, eCurve, Damansara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s