Tempat Shopping Di Korea : Lotte Premium Outlet Di Paju-Si

Sebelum ni MrJocko pernah ke Johor Premium Outlet di Johor dan Gotemba Premium Outlet di Tokyo. Kali ini, MrJocko berpeluang ke Lotte Premium Outlet Seoul. Ini kali pertama MrJocko sampai ke Lotte Premium Outlet ini. Ia memang satu premium outlet yang terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai 2 bangunan bersambung antara satu sama lain dan punyai 4 tingkat dan saiz hampir 3 kali ganda Johor Premium Outlet.
Bangunan Lotte Premium Outlet ini memang besar, keluasan sehingga 150,470 meter persegi. Ruang kedai yang ada di Lotte Premium Outlet pula lebih dari 35,400 meter persegi. Di Lotte Premium Outlet ini unik sikit sebab ia menggabungkan butik dan kedai menjual pakaian disertakan dengan pawagam, pusat kebudayaan, ruangan kanak-kanak, galeri dan ruangan pameran.

Dari segi harga, sememangnya banyak produk berjenama memang dijual murah di sini berbanding harga jualan di bandar Seoul atau sekitarnya. Samada baju, kasut, aksesori dan barangan lain, produk kat sini memang banyak pilihan dan lebih murah berbanding Seoul.
Ada butik sukan Adidas, Nike, Puma dan banyak lagi. Untuk pakaian, ada pelbagai jenama premium ada di jual di sini. Ini kerana di Lotte Premium Outlet, ia menyediakan kedai jualan barangan premium dari Korea dan antarabangsa. Bawa duit sahaja, anda pasti akan berpuas hati dengan harga di sini. (Kalau convert kepada RM memang la rasa mahal).

Untuk ke Lotte Premium Outlet, anda boleh menaiki Subway menggunakan Line 2 (Exit 2) dari stesen Hapjeong dan stop di stesen Geumneung atau menaiki bas no 200 atau 2200 ke Lotte Premium Outlet. 
Anda juga boleh menaiki Subway menggunakan Line 2 atau 9 (Exit 8) dari stesen Dangsan terus ke stesen Geumneung atau menaiki bas no 9000 ke Lotte Premium Outlet.
Perjalanan dari Seoul jauh jaraknya mungkin sekitar 150 km. Yang pasti masa MrJocko ke sana, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Jangan risau, kalau anda mengikut laluan yang betul, ia memang mudah untuk ke sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s