Bersama Uqasha Senrose Di Boracay Uptown Station 2

Boracay bukan sahaja terkenal dengan pantai yang cantik, laut yang jernih, sukan air, hotel dan permandangan yang cantik, tetapi ia juga penuh dengan aktiviti bila malam menjelma. Di Station 2 Boracay ada Boracay Uptown yang dibuka seawal jam 5 petang sehingga larut malam. Ini antara Uptown yang terpanjang kerana Boracay Uptown ini berada di sepanjang 8 kilometer di tepi pantai Boracay Station 2.

Ada banyak yang di jual di sepanjang Boracay Uptown ini dari pakaian, aksesori, makanan laut, buahan dan banyak lagi. Jangan risau tentang harga, banyak barangan yang dijual murah berbanding biasa. Umpama harga pasar malam di Malaysia.
Kalau anda peminat makanan laut, banyak makanan laut di jual di sini termasuk Lobster, Ketam, Udang besar dan macam-macam lagi. Kalau anda ada tempat untuk memasak, boleh la beli makanan laut ini dan masak sendiri. Berbaloi-baloi…

Yang menarik kat sini ialah jus buah Mangga. Memang manis. Satu cup di jual dengan harga hanya PHP100 sahaja (RM7) Mangga yang di jual di sini memang manis. Lebih manis dari mangga biasa di Kuala Lumpur. Lihat la si Uqasha Senrose pun tak sabar nak minum Jus Mangga di Boracay Uptown ni🙂.

Di sepanjang jalan, kalau penat, anda boleh berhenti seketika untuk nikmati LIVE BAND yang di sediakan oleh pihak hotel. Kebanyakkan hotel di sini menyediakan LIVE BAND mereka sendiri untuk menarik minat pelanggan untuk menginap di hotel mereka. Jadi, di sepanjang pantai Boracay Station 2 ni, ada banyak LIVE BAND dan memang masing-masing memberikan persembahan terbaik mereka.
Jadi, andai anda masih mencari lokasi percutian Pulau yang menarik, masukkan Boracay dalam list anda. AirAsia menyediakan penerbangan terus dari KL ke Kalibo Boracay 4 kali dalam masa seminggu. Maklumat lanjut, boleh layari dan tempah tiket anda ke Pulau Terbaik ini di laman web AirAsia.com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s