Holiday Inn Alpensia Pyeongchang Inapan 5 Bintang

Pertama kali sampai ke Pyeongchang, satu bandaraya yang terletak di kawasan pergunungan dan memang tumpuan pelancong lebih-lebih lagi kalau tiba musim sejuk atau musim salji. Di sini, ia seakan menjadi pesta bermain ski di Korea Selatan kerana kemudahan yang di sediakan serta pemandangan bukit bukau yang indah bila tiba musim sejuk. MrJocko berpeluang menginap di Holdia Inn Alpensia Pyeongchang yang bertaraf 5 Bintang.
Sewaktu kami sampai di kawasan tersebut, walaupun sekarang menghampiri musim panas, suhu sekitar dalam 10 darjah celcius. Memang sejuk. Kawasan ni masih diliputi kabus tebal dan angin yang bertiup memang sejuk.

Bilik kami ialah Superior Room yang mempunyai 2 katil single dan ia memang luas. Punyai balkoni sendiri, TV, almari siap dengan sterika, fridge mini, minuman kopi dan teh serta bilik air yang memang cantik. Harga biasa adalah RM1,000++ tetapi musim seperti ini harga di kurangkan sehingga sekitar RM500++ sahaja. Ini kerana sekarang bukan musim Peak di kawasan ini.
Oleh kerana kami datang dalam kumpulan yang ramai, pihak pengurusan sudah memohon pihak hotel menyediakan menu masakan halal. Jadi, untuk sarapan pagi kami tiada masalah.

Permandangan luar di sekitar Holiday Inn Alpensia Pyeongchang ini memang cantik. Musim seperti ini pun tetap segar dan cuaca amat sejuk. Ia dijaga dengan elok dan permandangan di belakang resort memang sangat menarik berlatar belakangkan trek bermain ski. Bayangkan kalau musim sejuk, sudah tentu ia lebih cantik dan menarik.

Walaupun hanya sempat menginap satu malam sahaja di Holiday Inn Alpensia ini, MrJocko amat berpuas hati. Kalau datang sendiri, belum tentu dapat menginap di hotel bertaraf 5 Bintang seperti ini. Ia memang hotel terbaik di sini sehinggakan Holiday Inn Alpensia sudah di pilih menjadi destinasi inapan utama untuk Sukam Olimpik Musim Sejuk 2018 nanti. Pada masa itu, atlit Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan berkampung di sini selama kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2018 Pyeongchang berlangsung.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, ingin sekali lagi datang ke Pyeongchang ini untuk menikmati permandangan musim sejuk pulak. Untung-untung boleh bermain Ski di sini🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s