Isu Halal Atau Haram Coklat Cadbury Oleh JAKIM

Beberapa minggu lepas kecoh satu Malaysia bila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada DNA Babi dalam Coklat Cadbury. Maka ramai la umat Islam yang sudah termakan gusar dan boikot product Cadbury kerana termakan produk yang mengandungi benda haram seperti Babi.

 

Hari ini, pihak JAKIM mengesahkan bahawa tiada unsur DNA Babi dalam produk Cadbury dan ia halal di makan. Dalam masa yang sama, terdengar ada statement dari pihak KKM yang mengatakan sample awal yang dikatakan ada DNA Babi mungkin sample yang tercemar.

 

Isu Coklat Cadbury Halal atau Haram Jakim

 

Ermmm… Agak rumit jugak kes halal atau haram produk coklat Cadbury ni. Sekejap halal, sekejap haram kemudian sekejap halal.

Pendapat MrJocko, kalau anda dah rasa was-was, elok elakkan sahaja dari membeli produk tersebut. Ada banyak produk lain sebagai ganti. Kalau anda rasa yakin, ditambah pula dengan jaminan pihak JAKIM, maka ikut suka hati lah.

Cuma kalau boleh pihak JAKIM sekali lagi ambil sample secara rawak di kedai yang jual coklat Cadbury ini bukan dari sample kilang. Test kali kedua tak ada salah kan?

Seperkara lagi, kalau betul dalam coklat Cadbury tiada DNA Babi dan ada pihak lain mengatakan bahawa produk mereka ada DNA Babi, sudah pasti ia seperti satu tohmahan atau fitnah. Rasanya mungkinkah pihak Cadbury akan saman pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa ada DNA Babi dalam Coklat Cadbury???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s