Sistem Baru Subsidi Petrol Malaysia Untuk Pendapatan Bawah RM5,000

Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

 

Skim Baru Subsidi Petrol Malaysia 2014

 

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

“Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

“Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

“Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi,” demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~

Syarat untuk dapat full subsidi :

1. Gaji bwh 5,000

2. Kereta bawah 2,000cc

 

Syarat untuk dapat had 300 liter/bulan :

1. Gaji antara 5,000 – 10,000

 

Syarat TIDAK layak :

1. Gaji melebihi 10,000

2. Kereta lebih 2,000cc

 

ANDA DALAM GOLONGAN MANA???

p/s : Cut and Paste

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s