Pengalaman Di Trick Eye Museum Seoul

Nad Zainal intai tuttt budak lelaki? Aksi terlampau Nad Zainal di Trick Eye Museum Seoul??? Itu antara berita gossip yang panas beberapa hari lepas. Ada terpampang gambar Nad Zainal bergambar di Trick Eye Museum Seoul dengan aksi yang panasss… Betul ke panasss…
Sebenarnya itu semua adalah gambar-gambar lukisan yang ‘hidup’ di dalam Trick Eye Museum di Seoul. Banyak lukisan menarik di dalamnya dan anda mesti akan teruja untuk bergambar dan beraksi seperti ia benar-benar wujud. Ada banyak lukisan dan seni terhasil kat sini memang unik. Tak di nafikan juga, banyak juga yang agak kepada lawak lucah. Namun, jika di sana, Seoul, ia menjadi sesuatu perkara yang biasa. Jadi kita sebagai orang dewasa kena pandai nilai sendiri la kan mana baik dan buruk…
 
 
 
Trick Eye Museum Seoul ini sebenarnya sudah dibuka sejak Disember 2010 lagi dan ia sekarang menjadi tumpuan pelancong jika berada di Seoul, Korea. Ia beroperasi dari jam 9.00am sehingga jam 9.00pm dan dibuka setiap hari.
Ia berkeluasan 2,314 meter persegi dan mampu menampung dalam satu masa sehingga 700 orang pengunjung. Tiket masuk ke Trick Eye Museum cuma KRW 15,000 untuk dewasa dan jika datang berkumpulan, lebih dari 20 orang dalam satu kumpulan anda hanya membayar setiap seorang dengan hanya KRW 11,000 sahaja.
 

Untuk ke Trick Eye Museum ini, anda boleh ikut arahan ini :

Hongik University Station (Seoul Subway Line 2), Exit 9.

Go straight 150m, cross the road, and turn left onto Hongik-ro Street.

Go straight 120m, and turn right down the second side street (in between TONYMOLY and Holika Holika).

Continue going 100m to arrive at Trickeye Museum on the right.

 
 
 

 

 

Di Trick Eye Museum Seoul ini memang banyak lukisan yang hebat. Anda pasti akan habiskan sekitar 2 jam jika berkunjung ke sini. Banyak aksi yang boleh anda ‘pose’ dan rakamkan untuk kenangan anda di sana.

 

Jadi tak hairan lah kalau Nad Zainal boleh beraksi terlampau kalau ke Trick Eye Museum Seoul ini. Sesiapa sahaja akan jadi terlampau kalau dah ke Trick Eye Museum Seoul🙂

 

Kalau di Malaysia, ia seakan sama dengan lokasi Lukisan 3D Art di ‘Made In Penang’ yang pernah MrJocko lawati dulu semasa FAM Trip Penang. Jadi, kalau tak ada peluang ke Trick Eye Museum Seoul, boleh ke Made In Penang, Pulau Pinang dulu🙂

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s