Tempat Shopping Best Di Myeongdong Seoul

Pulang dari Pyeongchang, kami akhirnya sampai di Seoul selepas lebih kurang 3 jam perjalanan. Lokasi shopping pertama kami ialah Myeongdong. Kat sini memang lokasi tumpuan kerana Myeongdong punyai pelbagai barang yang menarik dan lebih murah berbanding tempat lain.
 
Kalau di Malaysia, ia mungkin lebih kurang dengan Petaling Street tetapi kat sini lebih banyak pakaian, aksesori, beg, make-up dan banyak lagi. Cuma beza di Petaling Street banyak bangunan lama, tetapi kat sini ia berada sekitar bangunan-bangunan shoplot kedai yang baru dan lama.
 
 

 

Banyak benda yang menarik di sini. Boleh kata hampir semua jenis barangan ada di sini. Ia umpama konsep Uptown yang diadakan pada sebelah siang.

Pihak berwajib juga menyediakan susunan gerai yang teratur serta Tourist Police yang bergerak sebagai pembantu kepada sesiapa sahaja yang nak dapatkan info bergerak tentang lokasi Myeondong atau Seoul ini.

Ramai kawan kata di Myeongdong ini lebih menarik dari Dongdaemun, Itaewon dan Insadong. Ya,,, memang benar. MrJocko sendiri lebih suka pusing-pusing Myeongdong berbanding tempat shopping lain di Seoul. Banyak harga yang lebih murah dan senang cari, khususnya t-shirt buatan Korea ini.

Jadi, kalau nak shopping di Seoul, MrJocko syorkan singgah Myeongdong dulu, kemudian baru ke Dongdaemun, Namdaemun, Insadong, Itaewon dan lokasi shopping lain di Seoul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s