Restoran Padang Lamun Ombak Citarasa Padang Asli

Padang merupakan sebuah lokasi percutian wisata yang kini semakin terkenal di Sumatera Barat dan ia menjadi pilihan  ramai pelancong dari Malaysia untuk berlibur di sana. Banyak lokasi dan tempat menarik di Padang termasuk sejarah cerita Minangkabau yang begitu terkenal di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan.
Antara tarikan utama di Padang adalah menu masakan Nasi Padang. Rata-rata di Padang ini dipenuhi oleh restoran masakan Padang yang memang sedap dan terkenal. Antara yang mencuri tumpuan kami ialah menu di Restoran Lamun Ombak di bandar Padang.

Lauk Ikan di masak Gulai Lemak

Ikan Siakap Lemak Kuning 

Lokasi Restoran Lamun Ombak ini senang sahaja untuk dicari kerana di Padang terdapat banyak cawangan restoran Lamun Ombak. MrJocko berkesempatan untuk singgah di Restoran Lamun Ombak yang terbesar di Padang berada di tengah-tengah kesibukan kota Padang.
Menu yang kami cuba pada hari tersebut adalah antara menu yang biasa di hidangkan di restoran Lamun Ombak dan sememangnya ada menu istimewa di Lamun Ombak. Antaranya ialah menu Udang Berlada, Ikan Siakap Gulai Lemak dan juga Gulai Ikan Kuning. Secara peribadai, MrJocko tak pernah jumpa menu seperti ini di Restoran Masakan Padang di Malaysia. Ikan Siakap masak Gulai Lemak memang sedap dan terbaik.

restoran nasi padang yang sedap
Ruang makan di Restoran Lamun Ombak ini memang besar dan boleh memuatkan lebih dari 500 orang pada satu-satu masa. Anda boleh pilih untuk makan di meja hidangan atau pun bersila diruangan khas. Menu yang di hidangkan memang adalah menu terbaik di Padang.
Tips untuk makan menu nasi padang mudah sahaja. Bila anda dihidangkan dengan pelbagai menu sedap di Restoran Nasi Padang, anda cuma perlu ambil makanan yang anda mahu sahaja. Yang anda tidak mahu, letak tepi atau abaikan sahaja. Harga akan dikira pada makanan yang anda sentuh dan makan sahaja. Yang anda tidak usik atau makan,  tidak akan di kira, jangan bimbang.
Jadi, kalau ke Padang, sudah pasti kena cuba menu masakan padang. Nescaya anda akan terpikat dengan menu masakan Padang yang unik, asli dan sedap ini.

2 komen pada “Restoran Padang Lamun Ombak Citarasa Padang Asli”

  1. Alhamdulillah saya jadi terkesima restaurant lamun ombak ini jadi top… saya merasa senang krena setiap lewatin resto ini selalu ramai…semoga sukses terus dan pelancong2 menikmati suasana dan lazatnya hidangan makanannya…

    Salam dari architect yg mendisain resto ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s