Tonton Piala Dunia 2014 Bersama McDonalds Seluruh Malaysia

Ketika dunia bertumpu ke arah kemeriahan yang sedang berlangsung di Brazil, McDonald’s tidak ketinggalan memainkan peranan sebagai Penaja Rasmi dan Restoran Rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™, dengan sasaran untuk membawakan pengalaman Piala Dunia paling sempurna kepada pelanggannya. Rakyat Malaysia akan berpeluang meraikan semangat Piala Dunia menerusi Spicy Habanero Burger, McDonald’s Fry Boxes yang berubah wajah, Aplikasi realiti GOL! yang mengujakan dan tayangan secara langsung kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara definisi tinggi (HD) di semua restoran McDonald’s di seluruh negara 24 jam sehari. 
Spicy Habanero Burger yang cukup menyelerakan boleh didapati dalam variasi ayam dan daging, dengan sos Habanero sarat dengan sayuran. Habanero adalah sejenis cili kecil berasal dari Amerika Selatan dan dikatakan sebagai antara cili yang terpedas di dunia. 
Bagi membantu pelanggan meredakan kepedasan selepas menikmati sajian hangat ini, nikmati minuman penghilang dahaga dengan Lime Fiesta McFizz, Banana Kick McFlurry dengan Oreo, Banana Kick Pie yang lazat dan Sundae Cone yang digemari ramai dengan pilihan warna hijau dan merah jambu. Semua produk ini hanya boleh didapati untuk masa yang terhad sepanjang kempen Piala Dunia. 
world cup 2014 McDonalds Malaysia promotion

world cup 2014 McDonalds Malaysia promotion
Bagi pelanggan yang lebih selesa di rumah, Khidmat Penghantaran McDelivery disediakan 24 jam sehari. Peminat bola sepak juga boleh mengisi perut dengan sarapan McDonald’s yang cukup berpatutan serendah RM4 setiap pagi. 
Di peringkat global, McDonald’s telah mengubah wajah pembungkus kentang goreng ikonik dengan rekaan terbaru yang lebih menyerlah, mencerminkan keindahan dan keghairahan terhadap Piala Dunia. Terdapat 12 rekaan McDonald’s Fry Box yang ditampilkan dalam rekaan seni jalanan eksklusif dihasilkan oleh 12 artis dari seluruh dunia. McDonald’s Fry Box juga adalah ‘kunci’ kepada aplikasi permainan realiti ‘McDonald’s GOL!’. 
Peminat pasti teruja untuk ‘menendang’ bola dengan hanya menggunakan jari di padang bola maya sarat dengan pelbagai halangan. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini di gol.mcd.com dan mula bermain sebaik saja mereka memiliki McDonald’s Fry Box yang direka khas. Restoran rasmi bagi peminat juga akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia 2014 secara langsung secara definisi tinggi (HD) di semua restoran 24 jam McDonald’s di seluruh negara. Senarai lengkap restoran boleh didapati di www.mcdonalds.com.my
”Sebagai Penaja Rasmi dan Restoran Rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™, kami akan menghidangkan suasana hebat 24 jam sehari,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Stephen Chew. 
”Kami komited dalam membawakan pengalaman Piala Dunia terbaik kepada pelanggan kami menerusi pendekatan yang menyeluruh – menerusi seleksi menu Piala Dunia hanya untuk masa terhad, pembungkus yang meraikan keghairahan terhadap bola sepak, aplikasi digital terkini yang bakal menawan pelanggan, siaran HD secara langsung kesemua 64 perlawanan di restoran 24 jam kami, khidmat penghantaran 24 jam dan sarapan pagi yang berpatutan untuk pelanggan mengisi perut selepas merasai kemeriahan sepanjang hari.” 
McDonald’s Malaysia juga akan membuat penghantaran istimewa kepada dua peminat bertuah sebagai sebahagian daripada sambutan Piala Dunia FIFA. Peminat bola sepak akan dikejutkan dengan kemunculan Syed Adney dan Nazmi Faiz, dua pemain dari Pasukan Harimau Malaya. Maklumat lanjut akan dikongsi di laman Facebook McDonald’s Malaysia. 
Edisi Piala Dunia FIFA tahun ini menandakan satu lagi pencapaian buat McDonald’s, di mana McDonald’s telah menjadi Penaja Rasmi dan Restoran Rasmi Piala Dunia FIFA selama 20 tahun, sejak pertama kali menggalas peranan itu ketika perlawanan berprestij ini berlangsung di Amerika Syarikat pada 1994.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s