Shopping Mall Terbesar Di Jogjakarta Mal Malioboro

Jogjakarta (Djokjakarta) sememangnya sebuah bandar yang agak kecil tetapi ia sudah cukup untuk penduduk sekitar Jogjakarta dan juga pelancong yang ingin ke Candi Borobudur. Ia tidak seluas Jakarta, tidak sebesar Surabaya dan tidak jugak seperti Kota Bandung, tetapi Jogjakarta memang ada banyak lokasi menarik untuk di kunjungi.
Paling terkenal di Jogjakarta ialah lokasi Jalan Malioboro, di mana ia begitu sibuk dengan aktiviti jualan produk barangan buatan Indonesia dan juga hasil buatan tempatan Jogjakarta. Lokasi Jalan Malioboro ini memang hidup seawal pagi, hingga ke petang dan membawa hingga ke malam. Di sini banyak ruang untuk penduduk tempatan memperolehi wang samada berniaga, membawa bechak, menjadi local tour guide secara individu atau servis sewa kenderaan ke Borobudur.
Di Jalan Malioboro ini juga terdapat hanya satu shopping mall besar yang menjadi tumpuan orang tempatan dan juga pelancong. Di Mal Malioboro ini anda boleh dapatkan produk-produk yang agak terkenal dan berjenama serta kemudahan restoran seperti KFC, J.Co Donut, kedai buku Gramedia, supermarket Hero dan banyak kedai-kedai lain.

Ruang dalam Mal Malioboro di Jogjakarta ini agak besar dan memang penuh dengan ruang jualan. Kat sini lebih selesa kerana keadaan dalam shopping mall yang berhawa dingin. Ini kerana cuaca di Jogjakarta agak panas berbanding Bandung. MrJocko lihat, memang ramai yang ambil peluang untuk  berada dalam Mal Malioboro kerana mungkin mahukan suhu yang lebih dingin, termasuk MrJocko.
Mal Malioboro ini mempunya 3 tingkat sahaja. Tingkat 1, Tingkat 2 dan Tingkat paling atas, Tingkat 3. Ada banyak kedai menjual pakaian, aksesori, baju, kedai telefon dan semestinya banyak kedai makan di dalam Mal Malioboro.

Jadi, kalau ada ke Jogjakarta, sambil pusing di Jalan Malioboro, anda boleh rehat sekejap atau singgah membeli belah di Mal Malioboro. Semestinya keadaan dalam mall ii lebih nyaman dan lebih tenang berbanding di Jalan Malioboro yang sibuk. 
MrJocko rehat lama gak kat sini sambil pekena Donut di J.Co Donut yang original. Memng bestttt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s