Entry Panas Vs Entry Travel Di Blog MrJocko

Alhamdulillah, tahun ini memasuki tahun ke-8 MrJocko menulis Blog dan masih lagi konsisten dalam menulis entry di Blog MrJocko.com. Dari dulu permulaan yang berkisar kepada cerita peribadi, kemudian lebih kepada Parenting, Travel dan Lifestyle, kini menghampiri tahun ke-8 ini MrJocko sedang menuju kepada Niche Travel Lifestyle Blog.
Semakin lama, semakin kurang dah entry panas atau isu-isu gossip yang ditulis oleh MrJocko kerana ingin fokus kepada isu dan niche berinformasi serta pengalaman Travel dan Lifestyle. Tak sempat dah nak cover semua kerana kesibukkan masa. Rasanya MrJocko nak fokus kepada cerita-cerita pengalaman MrJocko travel di dalam Malaysia dan juga luar negara sebagai panduan dan sedikit tips untuk informasi pembaca blog MrJocko.com

InsyaAllah, dari sehari ke sehari MrJocko akan menulis tips dan panduan untuk info anda-anda semua jika ingin melancong ke dalam Malaysia atau ke Luar Negara. Setakat ini, banyak info yang MrJocko dan share tentang trip dalam Malaysia dan juga luar Malaysia seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, Australia, Taiwan, Jepun dan juga Korea. Di harap anda dapat sedikit manafaat dari penulisan yang telah MrJocko kongsi.
Doakan semoga MrJocko dan Krew Blooggers serta Majalah Libur akan diberi peluang untuk menerokai lokasi pelancongan / wisata baru di dalam dan luar negara. Target kami masih lagi luas. Cita-cita kami akan terus ke Switzerland, New Zealand, Europe dan juga kembara ke Amerika Latin, InsyaALLAH.
Terima kasih kerana membaca info-info travel serta tips kembara di blog MrJocko.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s