Pelik Bila Orang Yang Berhutang Pula Maki Pemberi Hutang

Hari ini MrJocko ada membaca satu viral di Facebook di mana ada screenshot tentang kata-kata makian antara orang yang meminjam dan orang yang memberi pinjam. Biasa orang yang memberi pinjam memaki hamun yang meminjam, ini terbalik pulak. Si Peminjam yang memaki hamun Si Pemberi Pinjam. Pelikkan?

 

 

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia) (Riwayat Muslim, 6/28)

Nampak di situ betapa besarnya isu hutang ini di mana mereka yang mati syahid yang dijanjikan syurga sekalipun tidak akan terampun dosanya jika mempunyai hutang kepada manusia.

Ada info yang MrJocko baca lagi tentang satu lagi Doa dari Rasulullah SAW yang berbunyi:

Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang

Lalu Baginda ditanya : Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?

Baginda menjawab:

Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Nasihat kepada diri sendiri, semoga MrJocko akan terus berusaha membayar hutang piutang yang ada supaya diri tidak lagi dibebani masalah hutang keliling pinggang. Amiinnnn.

p/s : meminjam duit untuk berlibur atau melancong juga adalah satu cara yang tidak sihat,,,

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s