Juara Baru Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Anda mesti ada membaca entry MrJocko tentang pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 yang bermula di Mydin USJ beberapa bulan lepas. Anda juga pernah melihat aksi peserta Cabaran Raja Tarik F&N 2014 seluruh negara beraksi di TV3 yang di hostkan oleh Fara Fauzana dan Fizo Omar. Kini Pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 mencapai kemuncak pada 14 Jun 2014 yang lepas di eCurve Mutiara Damansara.
Seramai 9 peserta akhir berentap di Cabaran Raja Tarik F&N 2014 Akhir dan masing-masing menunjukkan kesungguhan dan bakat Raja Tarik tersendiri sehingga hampir kesemuanya memukau penonton dan Juri-juri yang hadir.
Tempat pertama Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Syed Khaidir dengan aksi dan bunga api

Pemenang tempat Kedua
juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Pemenang tempat Ketiga, sekumpulan remaja berbangsa Cina dengan aksi akrobatik mereka
Pelbagai aksi dan juga skill tarik yang ditunjukkan sehinggalah pihak Juri akhirnya sepakat memilih seorang Juara baru Cabaran Raja Tarik F&N 2014. Persembahan yang menyakinkan, bertenaga dan juga sangat kreatif menobatkan En Syed Khaidir sebagai Juara Baru Cabaran Raja Tarik F&N 2014. Dengan anugerah juara ini beliau membawa pulan hadiah Wang Tunai RM10,000 berserta hadiah iringan. Tempat Kedua menerima RM5,000 dan tempat Ketiga dengan RM3,000.

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2014
F&N Dairies Malaysia sebagai penaja utama pertandingan ini amat berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dari seluruh negara dan juga sambutan penonton dalam pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ini. Ia merupakan salah satu usaha kemasyarakatan pihak F&N Holdings untuk memperkenalkan dan mempromosikan lagi salah satu minuman kegemaran masyarakat Malaysia iaitu Teh Tarik sebagai salah satu tarikan untuk semua.
Selesai sudah Cabaran Raja Tarik F&N 2014 dan diharap pihak F&N Dairies akan meneruskan pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N pada tahun 2015. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web rasmi F&N Dairies di www.fndairies.com
#fnTehTarik #CabaranRajaTarik #RajaTarik2014

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s