Menu Halal Korea : Sashimi Ala Korea Memang Sedap

MrJocko diberitahu bahawa akan ke satu restoran Sashimi yang terkenal di Seoul untuk makan tengahari. Sudah pasti pihak Tour Guide sudah request menu Sashimi Halal untuk kami semua. Memang teruja sebab belum pernah cuba menu Sashimi Korea yang halal. Ini kali pertama.
Seperti biasa, restoran di Seoul kebanyakkannya dalam saiz sederhana sahaja dan ia tidak semewah restoran-restoran hebat di Kuala Lumpur. Bagi mereka, kualiti makanan lebih penting dari dekorasi restoran kerana orang Korea pun bukan suka sangat lepak lama-lama di dalam restoran. Selesai makan, mereka terus meneruskan aktiviti seharian.
Menu Sashimi Korea ini antara menu yang sedap pernah MrJocko cuba. Kami dihidangkan dengan menu lauk Ikan mentah, Ikan Sardin, Udang, Sotong, Telur Goreng, Kimchi, Kacang dan sayuran lain serta semangkuk nasi. Nasi kat Korea ni berasnya memang sedap.
Sebenarnya ada sup sayur panas dihidangkan untuk memanaskan badan. Tapi MrJocko gunakan kuah sayur tersebut untuk di celup dengan ikan mentah, sotong, udang dan lain-lain. Wah,,, memang terasa macam makan steam boat kat KL. Lagi best sebab kat sana sejuk. Bila dapat makan ala Steam Boat memang best…
Secara peribadi, menu Sashimi Korea ini tak jauh beza dengan Menu Sashimi Jepun. Yang nampak beza cuma dalam penyediaan dan juga sos yang diberikan. Rasa dua dua Sashimi ni masih sedap🙂. Sudah pasti, kalau ke Korea dan ada peluang untuk mencuba menu halal masakan Sashimi Korea, anda mesti cuba. Die die die Must Try :) 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s