Bengkel Dumex Mamil : Amalkan Diet Makanan Sihat Untuk Anak-anak

Minggu lepas MrJocko berkesempatan untuk sertai bengkel anjuran Dumex Mamil yang bertemakan ‘Let It Out’ bertempat di AT19 Culinary Studio, Jalan Dungun, Pusat Bandar Damansara. Bengkel khas ini dianjurkan oleh pihak Syarikat Danone Dumex Malaysia sebagai langkah perkongsian untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya penyediaan makanan yang sihat kepada si kecil sejak dari awal lagi.
Kempen ‘Let It Out’ oleh Dumex Mamil ini dijayakan bersama oleh Ms Goo Chui Hoong, salah seorang Pakar Diet dan Pensyarah Kanan Klinikal (Clinical Senior Lecturer) yang akan berkongsi tentang betapa pentingnya diet makanan yang sihat untuk anak-anak.

Add caption

Ms Goo Chui Hoong, Pakar Diet
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ms Goo Chui Hoong, peranan ibubapa sangat penting dalam mendidik anak-anak seawal usia untuk makan makanan yang sihat. Ini penting kerana diet pemakanan yang sihat akan membuatkan usus anak-anak juga sihat dan ia membantu dalam perkembangan kanak-kanak.
Ms Goo berkata, ibubapa seharusnya kreatif dengan mencari menu yang sihat dan menggalakkan anak-anak mencuba diet makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sempurna. Peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak biasakan dengan menu sihat dan lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan anak-anak itu sendiri.
yang ni MrJocko,,, pakar makan🙂

Di kesempatan itu juga, kami bertuah apabila Ms Goo Chui Hoong sempat berkongsi dua resepi diet makanan yang sihat untuk anak-anak yang mudah dan senang di masak ketika berada di rumah. MrJocko mencuba menu Germ Pizza With Various Topping dan juga Chocolate Tofu and Banana Pudding. Siapa kata menu diet sihat rasa tak sedap??? Anda mesti cuba menu yang sedap seperti ini. Anak-anak anda mesti suka.

Germ Pizza sebelum masak,,,
Germ Pizza selepas masak,,, Yum Yum,,,
Cuba sendiri menu sihat untuk anak-anak anda bila berada di rumah. Mudah jer pun. MrJocko sendiri pun boleh buat, apatah lagi anda yang memang sudah biasa dengan masak-memasak. Mulakan menu sihat untuk dapatkan diet yang sihat untuk anak-anak anda.
Terima kasih kempen Dumex Mamil Let It Out kerana berkongsi menu diet sihat untuk anak-anak dan InsyaAllah MrJocko akan praktikkan di rumah. Lepas ni MrJocko nak cipta menu diet sihat sendiri untuk my kids…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s