Kemeriahan Ola Bola Stadium Astro : World Cup 2014 Blogger Event

Bermulanya demam Piala Dunia 2014 Brazil, kemeriahan sukan bolasepak bertaraf dunia ini semakin terasa. Kehangatan dan bahang World Cup 2014 ini memang menjadi bualan setiap orang kerana sukan yang berprestij ini sedang berlangsung di Brazil dan menjadi bualan seluruh dunia.
 
Pihak Astro (Stadium Astro), turut meraikan kemeriahan Piala Dunia 2014 Brazil ini dengan memperkenalkan lagi 2 aplikasi khas sempena World Cup 2014 Brasil. Jika sebelum ini Astro sudah mempunyai aplikasi Astro-On-The-Go dan Stadium Astro, kini mereka tampil dengan Aplikasi Astro Go FIFA World Cup 2014 dan Astro Ola Bola Football Predictor
 
 
 
Dua aplikasi baru ini, Astro FIFA World Cup 2014 dan Astro Ola Bola Football Predictor ini sememangnya dua aplikasi baru untuk peminat bolasepak Malaysia khususnya untuk mendapatkan info terkini tentang perlawanan Piala Dunia 2014 dengan cepat dan mudah. Ola Bola pula, untuk anda dan rakan anda membuat prediction tentang perlawanan yang akan berlangsung.
 
 
 
 
 
Untuk aplikasi FIFA World Cup misalnya, anda boleh melihat info tentang pasukan pilihan anda, highlight perlawanan, jadual perlawanan, replay dalam pelbagai sudut dan juga keputusan terkini. Ini semua PERCUMA dan anda hanya perlu download di Google Play atau Apple Store ke smartphone anda. Sangat mudah…
 
 
 
 
Ramai rakan blogger singgah untuk meraikan World Cup 2014 Brasil ini bersama Stadium Astro bertempat di Restoran Hongdaemun, One City Mall, USJ. Kemeriahan lebih terasa kerana masing-masing datang dengan enyarung jersi pasukan piihan masing-masing. MrJocko semestinya menyokong pasukan GERMANY untuk Juara Piala Dunia 2014 Brasil.
 
 
 
MrJocko bersama Abang Nara yang malu-malu bola🙂
 
 
 

Kemeriahan sambutan World Cup 2014 bersama Stadium Astro semakin hebat dengan Game Task yang dianjurkan. Ada 4 task yang perlu di siapkan oleh sekumpulan Blogger dan kami diberikan task yang agak mencabar. Antara task tersebut ialah mencuba aplikasi Ola Bola Football Predictor dan juga Astro Go World Cup 2014.

 

Dua task lagi adalah info sharing di OlaBola.my dan juga Instagram sharing. Fuh!!! Nampak simple tetapi berkejar-kejar kami sebab nak kejar masa.

 

MrJocko kali ini mewakili pasukan German dan bertarung dengan pasukan Spain, Italy, England, Netherland dan Portugal. Masing-masing nak menang dan masing-masing hebat. Lihat sahaja aksi kami ketika dalam kemeriahan sambutan World Cup 2014 Brasil bersama Stadium Astro ini. Macam-macam ragam🙂

 

 

 
 
 
 
 
 
Walaupun masing-masing nak menang, tetapi kami masih punyai semangat ‘bertanding’ secara sihat. Semua teratur dan dijalankan dalam keadaan santai dan happening. Blogger yang hadir memang sporting dan terbaik…
 
Tahniah buat pasukan yang berjaya dalam Game Task malam tu. Mereka ini adalah juara yang mengumpul markah terbanyak dalam menyelesaikan 4 task khas yang diberikan kepada mereka. hasilnya, Juara, Naib Juara dan Ketiga membawa pulang hadiah Wang Tunai yang bernilai beribu ringgit,,, amboiii, best nyer…
 
 
 
 
Kumpulan MrJocko, tahun ni tidak ada rezeki. Tak apa sebab 2 tahun lepas Team Germany yang terdiri dari MrJocko, Fazrol Amer, Eyriqazz, BroFramestone dan juga Arwah Jejai berjaya menjadi Juara ketika EURO 2012.
p/s : Al-Fatihah buat arwah Jejai aka Azhar Ramli, penulis Blog Teratakarmo.com
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s